Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 8, 2023 @ 5:05pm

Titip Ucapan ‘Anniversary’ Ke-17 Buat Isteri, Fazley Yaakob Dedah Lalui Momen Pahit – “Kereta Tetamu Ditoreh & Perkara Mistik Terjadi”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuat naik sebuah video bersempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-17 bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Ahmad.

Menerusi hantaran itu, Fazley berkongsi foto-foto ketika hari majlis persandingannya yang berlangsung di sebuah tempat tertutup di Negeri Sembilan.

Selain mengucapkan kata manis dan penghargaan buat isteri tercintanya, Fazley juga mendedahkan beberapa momen pahit yang terjadi ketika majlisnya itu.

Dedahnya, kereta para tetamu yang hadir pada majlisnya itu ditoreh dengan pisau dan batu malah berdepan dengan pelbagai perkara mistik.

“Masih teringat semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami. Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu, syukur pada Allah, semua yang cuba digagalkan, Allah tetap merahmati dan mengizinkan berlangsungnya majlis kami,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2007 dan perkahwinan mereka itu menjadi kontroversi apabila ibu Azrene iaitu Datin Rosmah Mansor tidak merestui perkahwinan tersebut.

Hasil perkongsian hidup bersama selama 17 tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Masih Jalin Kerjasama Biarpun Jenama Minuman Terkenal Kena Tempias Boikot – “Selagi Tiada Bukti, Tiada Masalah….”

Artikel Berkaitan: “Tak Semua Penyondol Salah” – Fazley Yaakob Anggap Masalah Akan Timbul Bila Lelaki Tak Jujur

Artikel Berkaitan: “Lepas 100 Kali Fikir, Jawapan Saya Adalah…” – Fazley Yaakob Dedah Terima Lamaran Ceburi Politik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

Trending Fri, 8 May 2020
Selebriti Wed, 14 Feb 2024
Featured Fri, 27 Jan 2023

Bantu Orang Kurang Siuman, Wak Doyok Confuse Nama Dikenali

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   View this post on Instagram   A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, […]

Hiburan Tue, 8 Oct 2024
error: Content is protected !!