Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 14, 2023 @ 8:32pm

Bawa Lagu Britney Spears Sama Dengan Siti Nordiana, Shila Amzah Pesan Netizen Jangan Bandingkan Nyanyian – “Kak Nana Bawa Diri Comel…”

Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa lagu pilihannya di program Famili Duo 3 ‘kebetulan’ sama dengan peserta program nyanyian lain yang juga berlangsung di hari yang sama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila berkata dia mengikuti tema program famili duo minggu kelima iaitu ‘idola’ dan penyanyi legenda antarabangsa Britney Spears itu adalah idolanya.

Tambah isteri kepada pempengaruh media sosial Ubaidillah Mz itu, Shila berkata dia amat meminati Britney Spears dan sering menyanyikan lagu-lagu ketika dalam biliknya.

“You have no idea how much loveeeeee britney, i always lovedddd her stage presence, her Classic signature movements..

“Those who was Born in the 90’s sure CAN relateee..Singing in My Room, replaying the vegas concert for 2 hours as if IT was My own..

“Britney was My one and only childhood i had,” katanya.

Shila Amzah

Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang berkata lagu ‘Baby One More Time’ secara kebetulan sama bersama Siti Nordiana ketika bertanding di program realiti nyanyian pada Ahad lalu.

“Kita memang minat Britney awak sebab tema dia idola minggu ni,” tulis Shila.

Shila Amzah

Berdasarkan komen lain, ada individu yang membandingkan nyanyian Shila bersama Siti Nordiana yang mengatakan versi pelantun lagu Jauh Hati itu lebih baik.

“This version better than Nana (Siti Nordiana),” tulis individu berkenaan.

Jawab Shila, dia tidak mahu netizen untuk membandingkan nyanyian mereka berdua kerana setiap penyanyi mempunyai pengayaan mereka sendiri.

“Don’t la compareeee, Kak Nana did her own twist to it which is being her cute self, whilst I’m a huge fan of Britney,” bidasnya.

Shila Amzah

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

Artikel Berkaitan: Adik Didakwa Pinjam Duit Kawan Untuk Bayar Sewa Rumah, Ini Respons Shila Amzah & Syahir – “Kami Memang Tak Ambil Tahu”

Artikel Berkaitan: Alami Masalah Peti Suara Gara-Gara 5 Kali Jangkitan Covid-19, Siti Nordiana Dalam Fasa Pemulihan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Featured Sun, 3 Jul 2022
Trending Mon, 6 Jan 2020

Take A Look Inside Mangala Resort And Spa, Malaysia’s First Ever Ecological Luxurious Resort And Spa

Nestled in a beautiful lush view, Mangala Resort & Spa is truly Malaysia’s best kept secrets

Hiburan Sun, 23 Sep 2018

Tulis Kapsyen Sedih Di Instagram, Zara Zya Patah Hati?

Zara enggan mengulas lanjut tentang status hubungan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Sabarlah Zara…

Hiburan Fri, 14 Feb 2020

马来西亚因武汉肺炎疫情影响的演唱会清单!

中国武汉肺炎(2019冠状病毒)疫情不断扩散,本地多场海外演唱会受到冲击,纷纷宣布取消或延期。

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Featured Fri, 27 May 2022

Peminat Teruja! Boleh Imbau Kenangan 12 Ikon Penyiaran Buat ‘Comeback’ Dalam Buletin Utama TV3

Keterujaan peminat jelas dapat dilihat apabila 12 ikon penyiaran TV3 akan memberi kejutan kepada penonton setia Buletin Utama dengan membuat penampilan istimewa sempena ulang tahun ke-38 stesen berkenaan. 12 ikon yang terdiri daripada Senator Datuk […]

error: Content is protected !!