Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 15, 2023 @ 4:24pm

[VIDEO] “Jangan Pandai-Pandai Tau!” – Puteri Sarah Marah-Marah Manja Andi Arsyil Ketika Sesi ‘Live’, Netizen Minta Kawal Sifat Tegas

Pelakon Puteri Sarah dilihat meninggikan suara seakan marah kepada pelakon dan usahawan dari Indonesia iaitu Andi Arsyil semasa melakukan siaran langsung di TikTok mempromosikan produk.

Menerusi perkongsian di TikTok @hannankhaira_, Sarah memberitahu akan membuat penjualan tudung pada siaran langsung yang berikutnya.

Andi yang bersama dengan Sarah ketika itu turut mencelah dengan mengatakan bahawa penjualan tudung itu akan diberikan sebanyak lima puluh peratus diskaun.

“Okay esok kita akan buat (penjualan) sama tudung lah eh?,” ujar Sarah kepada Andi.

“Tudung esok punya diskaun 50 percent ya,” kata Andi.

Terkejut dengan kenyataan Andi, Sarah memarahinya untuk tidak membuat keputusan melulu.

“Eh jangan pandai-pandai tau!,” balas Sarah sambil ketawa kecil.

@hannankhaira_ hahahahaha 😂 #puterisarahliyana #andiarsyil #love #fyppppppppppppppppppppppp #🤍🌷_story🤍 ♬ original sound – Mewchestra – Meowster Cats


Di dalam siaran langsung yang berbeza, Sarah menjawab pertanyaan penonton yang melihat dirinya garang terhadap Andi.

“Sarah tak garang cuma Sarah serius. Bila Sarah serius, Andi suka main-main. So, dia tak boleh selalu main-main,” jelasnya.

@hannankhaira_ lain macam Andi happy malam ni HAHAH 🤍🫣#puterisarahliyana #andiarsyil #fyppppppppppppppppppppppp #lovestory #🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 ♬ suara asli – kosong

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen malah ada yang meminta Sarah untuk mengawal sifat garangnya itu.

“Wow Sarah, control sikit garang tu.

“Garang nya satgi laki tu lari ketakutan.

“Sarah wanita bekerjaya ibu dan jugak ayah so dia jadi terbiasa tegas,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Nov 2020
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Haaa dengar tu, bagi si bujang, berkahwinlah bila…

Trending Thu, 2 Apr 2020
Trending Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Sharifah Sakinah Tak Puas Hati Dengan Neelofa?

Persoalannya, apakah motif Sharifah Sakinah berbuat demikian? Adakah dia tidak puas hati kerana tidak memenangi anugerah tersebut? Atau dia memang berniat untuk bergurau?

Trending Thu, 21 Oct 2021

Jadi OST Drama Bersiri Tahyul TV3, ‘Demi Kamu’ Buah Tangan Terbaharu Indah Ruhaila

Indah Ruhaila bukan nama baharu dalam industri muzik tanah air. Nama penyanyi genit ini telah melonjak naik selepas berjaya bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 2015 dengan lagu bejudul Percayalah. Seterusnya, langkah Indah tidak terhenti […]

error: Content is protected !!