Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 17, 2023 @ 12:59pm

“Saya Tak Rasa Antara Kami Bertiga Ada…” – Amir Ahnaf Jawab Tuduhan Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

Pelakon Amir Ahnaf menafikan tuduhan didakwa dirinya sebagai perampas gara-gara dilihat akrab bersama aktres Anna Jobling yang pernah dikaitkan bercinta dengan Meerqeen.

Memetik laporan Gempak, Amir menjelaskan hubungannya dengan Anna hanyalah sekadar rakan sekerja.

“Apa yang saya boleh katakan saya tidak ada rampas apa-apa, saya hanya mahu bekerja sahaja. Saya tak ada rampaslah.

“Ada komen-komen yang dakwa saya sebagai perampas. Jadi ingin saya jelaskan kebenaran di sini, saya hanya fokus bekerja sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, dia senang bekerja bersama dengan Anna sejak daripada awal mereka berjumpa.

“Anna adalah seorang pelakon yang sangat bagus. Masa pertama kali jumpa dia untuk tanda tangan kontrak, saya dah dapat rasa Anna adalah pasangan pelakon yang baik untuk berlakon.

“Sebab saya dah baca skrip, jadi saya tahu karakter dia tu macam mana, Anna boleh bawakan karakter ini. Saya suka bekerja dengan Anna sebab dia seorang yang profesional,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Amir memaklumkan hubungan dengan Meerqeen masih baik dan sentiasa memberi sokongan buat dirinya malah tiada timbul isu hubungan mereka bertiga tegang.

“Meerqeen juga turut memberi sokongan dan semangat pada saya supaya menghasilkan kerja yang terbaik.

“Saya pun tak rasa ada suasana yang tegang berlaku antara kami bertiga, saya rasa yang mengapi-apikan adalah peminat masing-masing,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Contest Mon, 27 May 2019

xtra好康头 | 送你「蝙蝠侠80年」粉丝见面会通行证

全球最受欢迎的披风战士迎来80岁生日,东南亚首个蝙蝠侠周年庆在云顶热烈展开! xtra好康头 送你粉丝见面会通行证,让你与「偶像」近距离接触。

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kate Middleton And Prince William Showoff Newborn Prince

The royal couple just got their third child!

Hiburan Thu, 23 May 2019
Hiburan Tue, 28 Oct 2025

“Semua Yang Kita Lakukan Tergantung Kepada Nawaitu” – Nur Fazura

Fazura nasihat pengikut setiap perbuatan tergantung kepada nawaitu, Allah lihat hasil

Hiburan Sun, 15 Jan 2023

Darah Manis! Bakal Dirisik, Zarina Anjoulie Kongsi Momen Shopping Cincin Kahwin

Pelakon Zarina Anjoulie tampil berkongsi momen dirinya membeli cincin perkahwinan bersama kedua ibu bapanya dan bakal suaminya, Datuk Seri Kazrul. Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju kelihatan sangat berseri dan […]

Trending Tue, 17 Dec 2019
error: Content is protected !!