Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Atiqah Johari November 17, 2023 @ 3:15pm

Menantu Hantu! Kerana Harta, Pelakon Terkenal Didakwa Hambur Kata Kesat Pada Mentua?

Baru-baru ini, timbul kontroversi mengenai seorang pelakon yang dikenali dengan sikap lemah lembut dan penuh kesantunan didakwa menghamburkan kata kesat kepada keluarganya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pelakon tersebut didakwa memarahi ibu mentuanya kerana isu harta yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Malah, gara-gara tidak berpuas hati pelakon tersebut terus mengeluarkan kata makian terhadap orang tuanya.

Kata sumber lagi, pelakon popular yang juga pengacara itu ada berbincang dengan keluarga mentuanya mengenai dana yang akan digunakan bagi membantu pemasaran produk keluarannya.

Namun, si mentua tidak setuju dengan perancangan pelakon tersebut dan menasihatinya agar tidak membazir tetapi berlaku pula perbalahan.

Angkara sikap palatau pelakon itu, dia membuat perbincangan tersebut menjadi perang mulut dan dia berlebih-lebih hingga memaki.

Dengar kata, mentua pelakon itu akhirnya mengalah dan membiarkannya menggunakan dana tersebut bagi memasarkan produk yang sehingga kini tiada di pasaran.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Jun 2018

Kes Kelar Bayi, Suami Sudah Maafkan Isteri

Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (isteri) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.

Trending Sat, 10 Sep 2022

“Saya Sering Pengsan & Tak Kuat…” – Acha Septriasa Dedah Hidup Dengan Satu Buah Pinggang

Siapa yang kerap sakit pinggang tu bolehlah dapatkan rawatan segera

Featured Mon, 24 Nov 2025

Suasana Pentas Konsert GenKRU The Finale Bertukar Pilu, Norman Dedah Bapa Dalam Keadaan Kritikal

Norman memaklumkan, sekitar tiga minggu lepas, bapa mereka, Abdul Halim Kamal, 84, terpaksa dimasukkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Trending Wed, 26 Aug 2020
Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

error: Content is protected !!