Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie November 20, 2023 @ 5:53pm

Fokus Kepada Keluarga & Nak Jaga Nama Baik, Tom Dah Cuci Tangan Bergelar Penyanyi Kelab Malam

Penyanyi Tom memaklumkan sudah meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi di kelab malam demi memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak dan suami.

Akui masih lagi rindu untuk membuat persembahan di hotel dan kelab malam, pelantun lagu Redha itu memberitahu ingin menapak dalam aliran perdana (mainstream).

“Sebenarnya, saya sangat rindu. Jadi, saya akan tengok persembahan kawan-kawan. Dah sampai masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan mainstream pula. Saya dah puas bekerja hampir 20 tahun di kelab malam,” katanya kepada XTRA.

Suami tercinta, Fuad Rahman turut menyokong tindakan isterinya.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura itu, bekerja sebagai penyanyi kelab malam mempunyai banyak risiko dan bakal berdepan dengan pelbagai kontroversi.

Dia bimbang dengan tanggapan orang ramai yang memandang serong terhadap pekerjaan tersebut memandangkan Tom merupakan seorang anak seni.

“Menyanyi di kelab malam agak bahaya. Orang akan mudah mengata dan cetuskan kontroversi. Kamera semua akan tertumpu pada Tom dan mereka akan merakam video dan viralkan benda yang bukan-bukan,” jelasnya.

Pasangan suami isteri itu turut menepis dakwaan netizen yang sering menanggap penyanyi kelab malam sebagai satu pekerjaan yang hina dan tidak baik.

“Kami tak hina pekerja kelab malam. Orang ingat pekerjaan ini jahat tapi sebenarnya tidak. Penyanyi ini mencari rezeki yang halal.

“Kami hanya menyanyi sahaja, tidak minum atau melayan lelaki pun. Lepas kerja terus balik. Kalau nak buat jahat, di mana-mana pun boleh,” ujar Tom.

Bagi Tom, penyanyi harus pandai menjaga diri dan menjaga batas-batas tertentu dalam pergaulan.

Mengulas lanjut mengenai undangan untuk menjayakan persembahan, Tom terima sahaja dan akan mempertimbangkan berbaloi dengan bayaran.

Dalam pada itu, Tom tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyanyi di kelab malam sekiranya terpaksa atau terputus rezeki.

Pasangan suami isteri itu ditemui usai konsert mingguan Famili Duo di Studio Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 13 Jan 2024

“Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Dalam dunia radio kalau mereka dah tak nak, bila-bila saja mereka akan ‘tendang’ (buang) – Azrul Zaidi

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Trending Thu, 4 Nov 2021

Tuju Tutup Kalendar Seni 2021 Dengan Khayalan

Sebagai penutup kalendar seni pada tahun 2021, anggota kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenarnya, Azree Zamree melancarkan single solo terbaharunya yang berjudul Khayalan. Khayalan merupakan ciptaan bersama Tuju dengan penerbit muzik dan pencipta lagu yang […]

Featured Mon, 10 Jul 2023

Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

Pelakon, pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu, dia tidak ada masalah dengan penampilan bekas menantunya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila dia kelihatan semakin cantik. Menurutnya, adalah wajar untuk Puteri Sarah atau lebih […]

Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Shark: The Storm Tampilkan Kisah Gelap ‘Survival’ Bekas Mangsa Buli

Naskhah terbaharu ini menampilkan gandingan pelakon hebat!

Trending Sat, 24 Mar 2018

Akhirnya…Datin Dera Amah Setuju Ke Mahkamah

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar itu.

error: Content is protected !!