Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 20, 2023 @ 11:28am

“Ada Aura Mom To Be!” – Nafi Berbadan Dua, Janna & Dini Tetap Aminkan Doa Peminat

Pelakon Janna Nick sekali lag menafikan dirinya kini sedang berbadan dua selepas melihat penampilannya di pentas Famili Duo Musim Ketiga, malam tadi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Janna menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Janna telah memaklumkan perkara itu kepada suaminya, Dini Schatzmann ketika membantunya menanggalkan solekan.

“Baju ni kan macam skirt pendek, bila saya menari macam tu dia nampak macam perut buncit tau. Lepas tu semua orang komen kata saya mengandung. It’s just buncit,” katanya.

Mendengar keluhan isterinya itu, Dini terus mengaminkan pujian dan andaian peminat Janna.

@jannanickofficialBosan la kalau tak gaduh

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Malah, ada juga yang menyatakan Janna sudah mempunyai ciri-ciri keibuan.

Untuk makluman, Janna merupakan hos bagi program Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan bersama Izzue Islam

Program hiburan keluarga itu juga disertai oleh pasangan selebriti tanah air seperti Shila dan Syahir, Tom dan Fuad, Syaiful dan Shariff, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Ryan dan Adam, Adira dan Emma.

Famili Duo juga turut diadili oleh barisan juri tetap yang hebat seperti Ajai dan Mas Idayu.

Orang ramai boleh menonton program nyanyian tersebut setiap hari Ahad, jam 9 malam, di TV3 atau secara strim menerusi platform Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Yura Yunita Terkejut Dapat Kongsi Pentas Dengan Idola

Korang dah dapatkan tiket untuk ke konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena ke esok?

Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Trending Mon, 21 Jun 2021

Kisah Neelofa Jadi Inspirasi Bantu Pesakit Covid-19

Tindakan selebriti dan usahawan popular Neelofa yang menyumbang RM90,000 untuk membeli katil elektronik bagi membantu pesakit Covid-19 menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama. Baru-baru ini, Asri Ahmad Academy bersama Murtadha Dakwah […]

Featured Sat, 12 Apr 2025

Kongsi Momen Majlis Nikah Aisyah Aziz, Neelofa Sebak – “Gembira Jadi Sebahagian Dari Hari Istimewa Mereka”

Neelofa sebak menyaksikan Aisyah bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya .

Trending Wed, 29 Jul 2020

Ibadah Haji Di Mekah Bermula Hari Ini

Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk ke sana..

error: Content is protected !!