Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 21, 2023 @ 7:02pm

“Saya Tak Suka Orang Disrespectful!” – Amir Ahnaf Perjelas Keluar Kata Kesat, Bengang Individu Komen Jelek Terhadap Arwah Bapa Anna Jobling

“Budak sekarang dah berani jadikan perkara tu sebagai gurauan dan saya rasa itu tanggungjawab saya untuk tegur.”

Demikian respons pelakon popular, Amir Ahnaf susulan tindakannya mengeluarkan kata kesat terhadap seorang individu membabitkan pelakon jelita, Anna Jobling sebelum ini.

Menurut Amir menerusi temu bualnya bersama portal hiburan, dia bertindak demikian dek kerana menganggap tindakan tersebut sebagai melampau dan tidak patut dilakukan oleh seorang budak.

Malah, pelakon siri drama popular, Project High Council itu berpendapat, adalah tanggungjawabnya untuk menegur tindakan individu terbabit.

“All i can say, saya tak suka orang disrespectful. Lagi-lagi bila depan-depan even in my life  sebab selama ni saya dah banyak nampak orang been disrespect dalam kehidupan saya even depan mata sendiri pun dan saya kalau boleh saya nak potray diri saya dari side baik, betul tak? Tak nak lah kita keluarkan kata-kata kesat macam tu. 

“Tapi bila dah biar orang lagi naik… sebab budak-budak saya rasa macam kesian kenapa boleh  keluar perkataan macam tu. Sebab Anna Jobling ayah dia baru je meninggal. Dan dia (netizen) menganjing nama ayah Anna tu sendiri. Dan saya rasa benda tu disrespectful dan benda tu jadi masa saya tengah live.

“Saya actually bukan terus maki tapi bila saya tengok dia budak lagi tu yang saya macam… budak sekarang dah berani jadikan perkara tu sebagai gurauan dan saya rasa itu tanggungjawab saya tapi mungkin cara saya menegur tu kasar sikit,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

 

Mengulas lanjut, pemenang Anugerah BBNU Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH 35) itu mengaku sudah bersedia sekiranya terdapat segelintir pihak yang berasa kurang senang dengan tindakannya mengeluarkan kata kesat.

“Setiap orang mempunyai perspektif dan cara penerimaan sendiri. Saya sudah bersedia jika ada yang sokong atau tidak dengan tindakan saya itu. Memang itu lumrah di dalam dunia selebriti ini,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di TikTok @jaeminloveme, Amir seakan memberi amaran dan menggelarkan individu itu sebagai berperangai bodoh gara-gara komen yang ditinggalkan.

 

Sumber: Instagram Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sesiapa Sahaja Berhak Untuk Memberi Komen atau Pendapat

“ Setiap orang berhak memuat naik perkongsian atau melayangkan komen, dan sebagai pemerhati, dirinya juga bebas memberikan maklum balas andai ia bertujuan baik. ” Apa cerita nak tahu , jom baca

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

Fazley Yaakob Kembali Dengan ‘Tiga Kali’, Gandingan Segar Bersama Iela Nabila

Menurut Fazley Yaakob, lagu ini dipilih selepas menerima maklum balas positif daripada rakan, anak-anak dan peminat.

Featured Sun, 5 Apr 2020
Events Sun, 1 Jul 2018

Tolong Hentikan Perkahwinan Bawah Umur, Tiada Tempat Di Sini!

Selaras dengan manifesto kerajaan, beliau berkata, Pakatan Harapan akan menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur minimum perkahwinan.

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Dituduh Ambil Duit Peminat…Erma Fatima Akhirnya Bersuara

Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

error: Content is protected !!