Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 21, 2023 @ 12:59pm

Dikecam Suara Sumbang Nyanyi Lagu Dawai, Ini Respons Sharifah Zarina – “Saya Berpuas Hati…”

Penyanyi Sharifah Zarina berharap agar tidak membandingkan persembahannya untuk program televisyen baru-baru ini dengan penyanyi undangan lain.

Memetik laporan Utusan, dia akui sudah lama tidak menyanyi di hadapan khalayak ramai dan wajar sekiranya nyanyian lagu Dawai dan Langit Ketujuh olehnya tidak mendapat cukup menyengat.

“Semua orang tahu saya sudah lama tidak menyanyi dan pada asalnya tiada niat pun untuk buat kemunculan semula.

“Kali terakhir saya menyanyi adalah menerusi sebuah persembahan pada tahun 2019. Jadi warganet janganlah harapkan saya nyanyi macam nak masuk pertandingan atau bandingkan nyanyian saya dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang aktif di pentas seni.

“Saya terima undangan daripada RTM kerana menghargai mereka. Niat saya untuk menghiburkan mereka yang datang, itu sahaja,” jelasnya.

Menurut Zarina, dia sanggup membeli mikrofon baru dan mengambil kelas vokal sebagai persediaan untuk melakukan persembahan tersebut.

“Walaupun saya nak berhibur tapi saya juga buat persediaan sebelum membuat persembahan. Saya beli mikrofon baru dan lantik guru vokal.

“Saya ambil empat kelas vokal. Jiran saya pun terkejut sebab saya sudah lama tidak menyanyi. Usaha memang ada tapi itulah, orang hanya tahu mengecam,” katanya.

Meskipun dikecam teruk oleh netizen, penyanyi lagu Langit Ketujuh ini berpuas hati dengan persembahannya tempoh hari.

“Saya berpuas hati dengan persembahan saya. Pada umur begini, saya masih boleh tarik nada tinggi lagi. Buruk sangatkah saya nyanyi? Setidaknya orang masih tahu itu lagu Dawai.

“Cuba kalau yang kutuk itu kita suruh nyanyi. Entah-entah tak berbunyi langsung nada lagu Dawai,” ujarnya berseloroh.

Terdahulu, Sharifah Zarina dikecam teruk kerana didakwa sumbang menyanyikan lagu Dawai yang merupakan OST filem Air Mata Di Ujung Sajadah pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Didakwa Suara Sumbang, Sharifah Zarina Dikecam Teruk Oleh Netizen Nyanyi Lagu Dawai Secara ‘Live’ – “Terus Pergi Langit Ketujuh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Oct 2025

Nadzmi Adhwa Menangis Ketika Live Bersama Ardell Aryana, Misi GSF Hampiri Zon Merah

Pelakon Nadzmi Adhwa gagal menahan sebak apabila diberi kesempatan melakukan sesi siaran langsung bersama isterinya

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Bukan Sorok Cuma…

Filem lakonan Reen, KL Vampire bakal menjengah pawagam bermula esok (14 November). 

Featured Wed, 11 Sep 2024
Featured Mon, 19 Aug 2024

“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

Allahu, begitu respons yang diberikan Datin Patimah Ismail terhadap isu cerai anaknya👀💥

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dah Sampai Seru…Syazwan Zulkifly Bertunang 31 Ogos Ini!

Sudah sampai seru, buat apa perlu tangguh kan?

Hiburan Mon, 20 May 2019

Instagram Catat Enam Juta Pengikut, Tahniah Zizan!

Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa, kini giliran Zizan pula!

error: Content is protected !!