Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 21, 2023 @ 8:00pm

[VIDEO] Berat Badan Makin Susut & Wajah Nampak Sedih, Penampilan Terkini  Syamsul Yusof  Curi Perhatian – “Sayu Je Tengok!”

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mencuri perhatian selepas beberapa video pendek memperlihatkan dirinya dengan penampilan yang lebih bersederhana mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok milik individu yang dikenali sebagai @Zarriellrayyan2, Syamsul kelihatan sedikit kemas apabila tampil berambut pendek sambil memakai kain pelikat dan berbaju panas (sweatshirt) berwarna hitam bersama seorang budak lelaki.

“Zarriell salam dengan uncle Syamsul Yusof sebelum pergi sekolah,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, Syamsul turut berpesan kepada adik Zarriell agar tidak lupa makan dan belajar dengan rajin sebelum bertindak mencium pipi kanak-kanak berkenaan.

“Ingat makan, belajar rajin-rajin dan jaga ayah okay,” katanya.

Bagaimanpun, video tersebut telahpun dipadam oleh pemilik akaun tersebut.

Terkejut dengan penampilan pengarah filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons menerusi hantaran berkenaan.

Malah, ada yang berpendapat pengarah berusia 39 tahun itu kelihatan sedih dan berat badannya juga didakwa semakin susut berbanding sebelum ini.

Tidak habis disitu, terdapat juga segelintir warganet yang berteka-teki bahawa pengarah itu sedang berubat dari sakit misteri yang dialaminya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, video tersebut telahpun dipadam oleh pemilik akaun berkenaan.

Sebelum ini, Syamsul masih tidak memberi apa-apa kenyataan berhubung kontroversi rumah tangganya bersama isteri, Ira Kazar dan status hubungannya bersama Irenee Deanna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Tue, 20 May 2025

Pengarah Ejen Ali The Movie 2 Kekal Optimis Sasar Kutipan Pecah Panggung RM60 Juta!

Pengarah Ejen Ali The Movie 2 akui tekanan bersaing dengan filem lain di pawagam

Featured Sun, 24 Nov 2024

Zul Ariffin ‘Tersasul’ Minta Doa Dikurniakan Empat Isteri – “Berdoa Pun Boleh Tersasul, Sebab Cuaca Kot”

Zul Ariffin mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek di platform media sosial miliknya.

Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Featured Thu, 12 Jun 2025

Kes Saman Fitnah Babitkan Zarina Anjoulie & Fara Mendoza, Mahkamah Keluar Perintah Larangan Bersuara

Mahkamah memerintahkan gag order untuk kedua-dua selebriti berkenaan.

Events Wed, 11 Jun 2025
error: Content is protected !!