Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin November 15, 2018 @ 9:00am

Basuh Baju Waktu Malam Antara Punca Perceraian. Ketahui Faktor Lain Yang Anda Mungkin Tak Sangka!

Setiap pasangan yang bercinta pastinya akan merancang untuk melangsungkan perkahwinan dan ingin membina alam perkahwinan yang bahagia disinari dengan kehadiran cahaya mata.

Namun, apabila sudah berkahwin tidak semua pasangan mampu bertahan. Ada yang tak sampai setahun sudah pun bercerai. Paling menyedihkan, ada yang tak sampai sebulan berkahwin, rumah tangga sudah hancur! Maka lenyaplah angan-angan untuk membina keluarga yang bahagia sehingga ke Jannah. 

Menurut statistik daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, jumlah perceraian di bawah usia 5 tahun perkahwinan bagi orang Islam termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah sebanyak 2932 kes (2013 hingga 2017). Statistik daripada negeri lain masih lagi dalam kaedah pengumpulan. 

Manakala, statistik bagi orang bukan Islam pula daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan sebanyak 14440 kes (2013 hingga 2017).

Perceraian  yang berlaku di Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan yang membimbangkan. Sebenarnya, tempoh 5 tahun perkahwinan adalah yang paling mencabar.

Apabila merujuk kepada kajian penduduk dan keluarga Malaysia ke-5 yang telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014, lebih satu pertiga perkahwinan pertama adalah berakhir dengan perceraian berlaku dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan.

Biasanya, perceraian berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu sama ada faktor yang boleh diterima akal dan ada juga faktor yang remeh!

Baru-baru ini, isu perceraian berlaku dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan telah dibahaskan di Parlimen oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh Tseow Suan. Jadi, penulis senaraikan semua faktor-faktor tersebut. 

Foto: Tribun Batam – Tribunnews.com

Faktor perceraian dalam tempoh 5 tahun

Lelaki

  • Tiada persefahaman (56.2%).
  • Isteri curang (11.8%).
  • Campur tangan mentua atau ipar (10%).

Wanita

  • Tiada persefahaman (38%).
  • Suami curang (20.5%).
  • Suami tidak bertanggungjawab (15.2%).

Faktor perceraian yang remeh

Memetik laporan daripada Jabatan Kehakiman Selangor, banyak kes-kes perceraian yang difailkan adalah remeh melibatkan pasangan muda. Antaranya sebab memfailkan perceraian adalah:

  • Isteri suka mengikuti rombongan secara beramai-ramai.
  • Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  • Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  • Berbeza fahaman politik.
  • Gaji suami lebih rendah.
  • Pasangan tidur berdengkur.
  • Pasangan gemar membeli-belah.

Langkah-langkah untuk membendung masalah ini

Melalui perbahasan isu perceraian ini, YB turut menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi menangai permasalahan ini di samping memantapkan institusi perkahwinan di Malaysia.

Pihak kerajaan akan melaksanakan program-program pra dan pasca perkahwinan khusus untuk menyediakan asas kukuh untuk membina sebuah keluarga bahagia terutamanya kepada pasangan muda yang baru berkahwin. Antaranya:

Program pra perkahwinan daripada LPPKN

  • Program Pra Perkahwinan Smart Start. (Bertujuan untuk memberi pendidikan kekeluargaan pada pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga dan pasangan yang berkahwian kurang daripada 5 tahun)
  • Program Smart Belanja. (Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pasangan dalam membuat perancangan dan mengamalkan pengurusan kewangan secara bijak dan berhemah)
  • Perkhidmatan kaunseling kekeluargaan.
  • Program Smart Start Second Honeymoon. (Untuk pasangan suami isteri yang berkahwin lebih daripada 5 tahun)
  • Program Parenting Artwork. (Bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja serta memberi kemahiran dan panduan cara gaya keibubapaan bagi menghadapi kitaran hidup berkeluarga)

Kesimpulannya, bagi anda yang merancang untuk berkahwin, janganlah anggap alam perkahwinan adalah sesuatu yang mudah. Persediaan daripada segi mental dan fizikal amatlah penting. Sebaiknya, pelajari terlebih dahulu tentang ilmu perkahwinan dan kekeluargaan.

Ingat! Perceraian bukanlah satu perkara yang boleh dipersendakan! Ini kerana, sebab penceraian yang tidak munasabah bukanlah alasan untuk bercerai. 

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Jul 2023
Featured Wed, 20 Jun 2018

Kalau Nak Beg Kulit Anda Sentiasa Nampak Baharu, Lakukan Teknik Pembersihan Ini!

Bersihkan dan cuci beg tangan kulit anda untuk sentiasa nampak cantik dan macam baharu lepas beli!

Featured Sun, 18 Apr 2021

Vaksin Kepada Petugas Media Dalam Fasa Kedua

Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dijadualkan bermula esok justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah memohon supaya petugas media turut diberi keutamaan dalam mendapatkan vaksin COVID-19. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin […]

Featured Thu, 8 Jun 2023

Individu Persoal Tanggungjawab Suami Terhadap Anak, Ini Respons Julia Farhana – “Dia Sangat Hardworking, Luluh Hati Bila Sering Difitnah…”

Hati isteri mana tak kecewa bila suami dia kerap difitnah kan… hmm semoga baik baik saja buat pasangan ini ❤️

Featured Thu, 5 Aug 2021

Pandelela Cemas Kepala Hampir Terkena Platform, Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

Walaupun tewas dalam misi untuk memburu pingat buat negara, ratu terjun negara Pandelela Rinong tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan saringan di final acara 10 meter Platform Wanita di kedudukan ke-12 di Sukan […]

Featured Thu, 12 Mar 2020

Pipi bulat dan tembam macam pau? Jom buat senaman kuruskan muka ini

Tak perlu habiskan duit untuk buat pembedahan plastik

error: Content is protected !!