Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 27, 2023 @ 2:52pm

Tahniah! Amylea Azizan Sah Bergelar Isteri Anggota Bomba Dari Singapura

Penyanyi Amylea Azizan, 37, selamat bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, dengan sekali lafaz pada tarikh yang dirahsiakan.

Pasangan itu telah selamat dinikahkan oleh wali hakim di majlis pernikahan yang berlangsung di rumah keluarga penyanyi itu dalam sebuah majlis tertutup.

Amylea menerima mas kahwin senaskhah Al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888 sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.

Menurut Amylea, dia bersyukur dirinya sudah pun bergelar isteri tanpa disangka kerana perkenalannya dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash begitu singkat.

“Ternyata Allah itu maha berkuasa. Dan dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tup-tup, saya kini sudah bergelar isteri. Alhamdulillah…

“Perkenalan saya dengan Ash pun melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, Ash terus melamar saya.

“Selepas mengamalkan beberapa doa dan solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku. Dan kemudian dia terus berjumpa dengan keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ash turut menyifatkan pelantun lagu Kendati itu sebagai seorang wanita yang bijak dan serba serbi tahu mengenai segala perkara, membuatkan dirinya tertarik pada penyanyi itu.

Namun, pasangan itu terpaksa melalui kehidupan jarak jauh memandangkan dirinya masih berkhidmat sebagai pegawai Bomba di Singapura.

“Mujur Amylea faham dengan situasi ini dan kami sedang mencari jalan macam mana nak duduk sekali. Perkara ini berlaku terlalu pantas.

“Saya jugak tidak sangka perkenalan singkat kami ini diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah. Maka, tengoklah macam mana nanti, just go with the flow,” tuturnya.

Sementara itu, bersempena dengan perkahwinan itu, Amylea turut tampil dengan single lagu terbaharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran, didedikasikan khas buat suaminya.

Tambah Amylea, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta mereka yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu mereka satu hari nanti.

“Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). Dan Pangeran pula sebagai tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.

“ Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan citarasa saya dan dia dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” ujarnya.

Panji Putih Buat Pangeran akan dilancarkan pada penghujung December nanti dan peminat boleh mula mendengar ‘teaser’ di media sosial penyanyi itu.

Amylea turut memaklumkan dia bersama suaminya bakal mengadakan majlis resepsi pada 27 January tahun depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

阿娇认爱3月宣布闪婚「医界王阳明」!

港星阿娇(钟欣潼)要结婚了!她2017年10月认爱「医界王阳明」赖弘国(Michael Lai),1日临晨就在IG公开婚戒,并留言甜喊:“下一站幸福”,让粉丝又惊又喜

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Sat, 24 May 2025

Ida Rahayu Takut Suara Ejen Ali Hilang, Luah Rasa Teruja Peminat Indonesia Sambut Persis Bintang K-Pop

Ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa bimbang sekiranya suara Ejen Ali hilang.

error: Content is protected !!