Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 28, 2023 @ 2:36pm

3 Kali Tangguh Konsert Dangdut Milenia, Riezman Khuzaimi Tak Kuat Berdepan Kecaman Warganet

Pelakon Riezman Khuzaimi tampil memberi penjelasan ekoran tiga kali berturut-turut menangguhkan konsert dangdut, Konsert Milenia 2023 anjuran Mission Sight Sdn Bhd.

Bertindak sebagai Pengarah Projek konsert terbabit, Riezman berkata, dia tidak kuat untuk berdepan kecaman netizen yang akan mempertikaikan pelaksanaan konsert dangdut tersebut ketika keadaan gawat dengan konflik Israel-Palestin sekarang.

Dia ingin menghindarkan diri daripada bersubahat mengendahkan penderitaan penduduk Palestin.

Baginya, dia akan rasa sangat berdosa jika orang ramai di sini bersuka-ria, bergelek dan berhibur sedangkan penduduk di Palestin berdepan ancaman bom setiap hari.

“Tiga kali kami tunda konsert sebab nak hormati Palestin sekarang. Saya menghormati apa yang berlaku di Palestin. Jangan hiburan terlebih,” katanya kepada XTRA.

Riezman ditemui XTRA usai Majlis Malam Gala dan Sidang Media Filem Syif Malam di Starling Mall semalam.

Tambahan pula, dia tidak sanggup membiarkan netizen terus membuat dosa gara-gara menempelak tindakannya mengadakan konsert itu.

“Saya tak berani nak teruskan sebab tak sanggup dikecam. Saya tak nak mereka menanggung dosa itu. Mentaliti rakyat suka mengecam tapi mereka tak fikir yang mereka akan tanggung dosa tersebut,” katanya.

Riezman meluahkan rasa sedih kerana terpaksa mengambil keputusan tersebut dan ingin keadaan kembali reda terlebih dahulu.

“Biar redakan dulu, benda dah mula takkan nak berhenti begitu saja, disebabkan benda lain boleh sahaja langgar tapi disebabkan Palestin saya tak boleh,” ujarnya.

Meskipun menerima gesaan untuk dibatalkan konsert tersebut oleh beberapa pihak, Riezman dan rakan kongsi selaku penganjur bagaimanapun tidak akan sewenang-wenangnya mengambil tindakan tersebut kerana melibatkan risiko kewangan.

“Ramai suruh batal tapi tak boleh sebab tidak dapat persetujuan rakan kongsi. Ia melibatkan kewangan yang banyak. Kalau nak batal, kena tanggung kerugian, artis dah bayar dan promosi sahaja dah RM500,000,” jelasnya.

Dalam pada itu, memahami perasaan peminat yang kecewa dan sudah tawar hati dengan konsert tersebut, secara peribadi, Riezman hendak memulangkan semula bayaran tiket yang telah dibeli.

“Saya tahu peminat hampa, kalau saya sendiri, boleh je bayar balik jumlah bayaran tiket yang mereka dah beli tu.

“Nanti bila dah konsert secara muktamad akan dibuat, barulah mereka boleh beli semula. Tapi perkara ini perlu dibincangkan dengan rakan kongsi,” katanya lagi.

Dedah Riezman, 1,000 unit tiket sudah terjual.

Ekoran pelbagai isu yang terjadi, dia kini pasrah jika penganjuran konsert terbabit tidak mendapat sambutan hangat serta bakal berdepan risiko kerugian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Featured Fri, 10 Jan 2025
Events Tue, 4 Dec 2018

Jom Makan Cendol PERCUMA Dengan Penyampai Kool FM Sabtu Ini

Wah, free cendol for everyone…Jom ke empat lokasi terpilih bermula Sabtu ini!

Events Wed, 14 Aug 2019

Kuala Lumpur Fashion Week 2019 Suits Up for Ready to Wear Runway in August

Showcasing over 80 homegrown labels in 5-day, KUALA LUMPUR FASHION WEEK is set for its 7th and ready to show!

Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Trending Sun, 18 Mar 2018

艾莎公主现身暴风雪街头!解救陷入雪地的警车

迪士尼经典动画《冰雪奇缘》(Frozen)的艾莎(Elsa)拥有掌控冰雪的魔力,深受影迷喜爱。不过,美国网友日前直击「艾莎」现身波士顿街头,还撩起裙摆、协助受困警车脱离雪堆,而当时的影片也在网路上爆红疯传。

error: Content is protected !!