Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 28, 2023 @ 2:58pm

Sering Dapat Watak Sampingan, Hero Bukan Buruan Anas Ridzuan – “Saya Tak Kejar Populariti”

Pelakon, pelawak dan penyanyi Anas Ridzuan bersyukur kerana dirinya masih relevan dan tidak putus mendapat tawaran berlakon meskipun diberikan watak sampingan sahaja daripada pihak produksi.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berkecil hati sebaliknya rasa bertuah kerana sekurang-kurangnya masih ada pihak yang memberikan dia peluang untuk berlakon dalam drama, telefilem dan filem.

Sementara itu, menurut Anas, dia tidak mensasarkan untuk meraih populariti tetapi lebih mengutamakan kepada sumber bagi mencari rezeki.

“Saya langsung tak fikir pasal nak jadi popular sebab itu pekerjaan saya. Saya jadikan lakonan sebagai punca rezeki. Saya terima apa sahaja watak. Kalau nak kejar populariti dan terlalu memilih, anak bini nak makan apa?” katanya kepada XTRA.

Anak didik Faizal Tahir menerusi Mentor musim keenam itu memberitahu, dia tidak menyangka akan menerima banyak tawaran berlakon meskipun merasakan diri masih tidak dikenali ramai.

Dia menganggap itu semua merupakan rezeki isteri dan anak-anaknya yang sentiasa memberi sokongan kepadanya selama ini.

“Paling penting sentiasa ada dan tak menghilang dalam industri. Saya anggap ia semua adalah rezeki ister,ianak-anak saya,” ujarnya.

Anas ditemui XTRA usai Majlis Malam Gala dan Sidang Media Filem Syif Malam di Starling Mall semalam.

Dalam pada itu, Anas kesal dengan sikap segelintir pengarah yang meletakkan bayaran yang rendah dan tidak berbaloi kepadanya meskipun dia bekas penuntut Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan berpengalaman luas.

Dedahnya, dia tidak akan terus menerima lamaran untuk berlakon tetapi mempertimbangkan dahulu bayaran serta beberapa faktor lain termasuklah kualiti sesebuah naskah.

“Ada lah beberapa pihak yang propose tapi skrip kabur dan saya tak faham jalan ceritanya. Payment pun tak berbaloi. Banyak juga saya pertimbangkan. Pelakon pun tak kenal, entah siapa mereka ambil, asas lakonan pun tiada. Penerbit pun entah siapa-siapa,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 May 2019

Jalaluddin Hassan Risau Dibilang Buang Tabiat?

Jika diberi peluang merakam single dalam masa terdekat, lagu bergenre balada bakal menjadi pilihan.

Trending Wed, 13 Jan 2021

PKP 2.0: SOP Akad Nikah JAIS & JAWI Buat Bakal Pengantin

Wajib ikut SOP terkini buat mereka yang bakal bergelar raja sehari❤️

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Muncul Juara GV6, Naqiu Simpan Hajat!

Tahniah Naqiu & Hady Mirza!

Trending Mon, 15 Jan 2018

非一般便条纸 让你变成生活的艺术家

虽然说创作纸雕艺术品需要极高创意及一双巧手,但日本近日有公司推出一款纸雕模型便条纸(Memo纸),顾客不需刻意组装或做任何劳作,只要慢慢撕下、用光了便条纸,纸雕作品就会现形。

Hiburan Wed, 15 May 2019

Nabila Huda Bawa Anak Sambut Hari Jadi Cara Berbeza

Walaupun hampir bergadai nyawa, apatah lagi rombongan kami semuanya wanita, pengalaman ini akan saya kenang sampai bila-bila

Featured Wed, 27 Apr 2022

Penghantar Makanan Cabul Wanita Di Lampu Isyarat

Aduh…. dalam bulan Ramadan macam ni pun perangai yang bukan-bukan.

error: Content is protected !!