Selebriti By: Atiqah Johari November 29, 2023 @ 11:31am

Tular Video Lucah Miripnya, Tony Eusoff Tampil Beri Respons – “Siapa Percaya Dia Tertipulah, Kawan & Ex-GF Pun Kata Ini ‘Fake’”

Baru-baru ini, tular sebuah video lucah individu yang mirip dengan pelakon berkaliber, Tony Eusoff di media sosial.

Susulan itu, Tony tampil memperjelaskan perkara sebenar sekaligus menafikan bahawa individu dalam video tidak senonoh itu adalah dirinya.

“Nampaknya awak pun tertipu jugaklah. Bagi saya kalau boleh perkara ini saya nak abaikan saja sebab tak membawa manfaat pun kepada sesiapa.

“Jadi, penyebar itu bagi saya tak eloklah nak cari orang punya kesalahan. Kita tak buat pun benda-benda macam ini.

“Kalau boleh dekat dunia ni macam-macam malapetaka yang berlaku dekat Palestin contohnya dekat situ orang lagi susah, merana dan terseksa. Jadi, saya tak nak fokus benda-benda macam ini. Buang masa kita saja,” katanya.

Malah, Tony mula menyedari perkara itu menerusi kawan-kawan yang mengirim kandungan tersebut kepadanya namun enggan mengambil pusing.

Malah, dia juga setakat ini tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang kerana baginya tiada guna melayan perkara sebegitu.

“Ada orang, ada kawan yang hantar kepada saya. Saya punya kawan-kawan rapat pun sedia ‘back up’ saya. Mereka pun kata ini ‘fake’, mereka tahulah. Bekas kekasih saya pun tahu yang ini adalah ‘fake’.

“Saya rasa tak ada guna. Benda macam ini kalau boleh buat apa orang nak ‘share’, tak bagus! Siapa yang percaya dia tertipulah,” ujarnya kepada XTRA.

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan situasi ini kali pertama berlaku kepadanya namun tidak menjejaskan imejnya dalam industri lakonan.

“Benda ini dah banyak berlaku sebelum-sebelum ini, kita kalau boleh tak nak fokus pada benda-benda yang negatif. Itu bukan sifat saya.

“Yang untuk ini (video lucah) kali pertamalah. Tapi, macam kontroversi sebelum ini benda-benda lainlah.

“Buat masa ini, saya tak rasa ia menjejaskanlah sebab saya percaya, bila saya bekerja dengan sepenuh hati dan jiwa saya akan bagi yang terbaik setiap kali saya bekerja. Itu je saya tahu, yang penting saya tak nak hampakan sesiapa,” jelasnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Real Estate Agent Gets Fired After Slamming BTS with Racist Remarks

BTS’ fans hunted down the man and found out where he worked. Naturally, the company let him go after they found out about his horrible words.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Wed, 20 Dec 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Elizabeth Tan Alami Pendarahan Hidung 4 Jam Tanpa Henti Gara-Gara…

Uish lama tu sampai 4 jam! Kalau min dah panic dah 😰

Featured Mon, 12 Sep 2022
Trending Fri, 3 Jul 2020
Featured Tue, 13 Sep 2022

Dikritik Gara-Gara Lagu Dewa 19, Elyana Tampil Bidas Komen Netizen – “Sejahat Apa Pun, Allah Tetap Di Hati…”

Aik, netizen dakwa Elyana berubah sebab jadikan lagu semangat hidup dari Dewa 19? Aik apa kes ni?