Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 29, 2023 @ 5:16pm

Meerqeen Tepis Tuduhan Bercium Dengan Mimi Lana Di Kelab Malam – “Tak Berlaku Langsung!”

Pelakon Meerqeen, 22, menepis tuduhan bercium dengan pelakon Mimi Lana di sebuah kelab malam.

Menafikan dakwaan yang hangat menjadi bualan ramai beberapa bulan lalu, Meerqeen menegaskan tidak mungkin dia melakukan perkara sebegitu kepada Mimi yang dianggap sebagai kawan.

“Tak mungkin saya melakukan perkara itu. Saya dan Mimi hanya sekadar kawan. Ketika gosip itu tersebar, saya tidak ada di Kuala Lumpur kerana terlibat dalam penggambaran.

“Ia tidak berlaku langsung. Apabila bangun tidur, saya pun terkejut apabila terbaca mengenani tuduhan terbabit,” katanya kepada XTRA.

Meerqeen ditemui ketika majlis pra pelancaran filem lakonan terbaharu lakonannnya berjudul Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya, sebentar tadi.

Pemilik nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam juga menolak tuduhan dia menjadi penyebab keretakan hubungan antara Mimi dan pelakon Syafiq Kyle.

“Saya ada berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan keadaan sebenar. Kami dalam lingkungan sahabat yang sama, same circle of friend.

“Tak mungkin saya buat perkara sebgitu. Saya dan Mimi hanya sekadar rakan sahaja,” katanya lagi.

Sementara itu, aktor Melur Untuk Firdaus ini juga lebih selesa mengambil langkah untuk diam dan tidak memberikan sebarang respons apabila kontroversi terbabiy menjadi perdebatan warganet.

“Sebagai seorang selebriti, kehidupan saya sentiasa menjadi perhatian dan saya tidak perlu untuk memuaskan hati semua pihak. Cukup hanya keluarga dan rakan-rakan rapat tahu perkara sebenar.

“Semakin lama kita dalam industri, pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan.

“Kenapa saya perlu jawab untuk puaskan hati semua orang? Lebih baik saya berdiam diri,” jelasnya.

Terdahulu, heboh khabar mengenai seorang aktor baharu meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang aktres ternama yang berstatus tunangan orang.

Netizen membuat spekulasi dan mengaitkan nama Meerqeen dan Mimi Lana kerana mereka sedang bergandingan dalam sebuah drama bersiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2024

Tak Putus Harapan, Iqram Dinzly Nak Kahwin – “Teringin Juga Tengok Hasil Sperma & Ovum Isteri Saya”

‘Biarlah saya beri kebahagiaan kepada mama dulu’ – Iqram Dinzly

Trending Tue, 12 Jan 2021

Kes Tertinggi Pernah Direkodkan, Kes Baru Positif Covid-19 Catat 3,309

Tiada apa yang mustahil, kita pasti boleh menang sekali lagi!

Featured Tue, 26 Aug 2025

Badron Munirah Tak Selesa Disamakan Dengan Afgan

Kata Badron, dia sangat tidak disuka di compared kan dengan mana-mana artis.

Trending Sun, 20 May 2018

Bayar Lebih RM4,000 Untuk ‘Air Suci

Sanggup berhabisan untuk membeli ‘air sudi’ agar semua sial dibuang katanya

error: Content is protected !!