Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 5, 2023 @ 1:54pm

Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Saman fitnah terhadap lima sekawan sebanyak RM2.5 juta yang difailkan penyanyi Siti Nordiana akhirnya menemukan jalan penyelesaian selepas kesemua mereka saling bermaaf-maafan.

Menurut peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin, perbicaraan kes itu tidak diteruskan kerana berlaku perbincangan untuk menyelesaikan isu dengan baik di antara penyanyi itu selaku plaintif dan lima defendan tersebut.

Persetujuan tersebut adalah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan iaitu kedua-dua pihak bersetuju ia dilaksanakan di hadapan Hakim iaitu Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

Katanya lagi, permohonan maaf yang dibuat adalah atas dasar persahabatan yang pernah terjalin sebelum ini.

“Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi,” kata mereka di hadapan Hakim John Lee.

Sebelum persidangan tamat, John Lee sempat menitipkan pesanan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dikeluarkan.

Plaintif juga tidak ada kebebasan memfailkan semula tindakan saman terhadap defendan.

Lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.

Siti Nordiana atau Nana turut membuat permohonan maaf kepada lima individu berkenaan dan menyatakan dia juga telah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Dituduh Sindir Fazura, Janna Nick Tampil Bersuara – “Yang G*la Itu Saya!”

Janna Nick nafi gelar Fazura perempuan gila, minta netizen jangan membabi buta

Featured Mon, 19 Aug 2024

Pembantu Peribadi Artis Wanita Popular Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

Min pun nK tahu juga siapakah artis wanita popular tu ek?

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

《八度空间嘉年华》盛大举行!邀你共度中秋佳节庆团圆

2019年《八度空间嘉年华》盛大举行!9月7日和8日,邀你出席雪兰莪莎阿南Central i-City,共度中秋佳节庆团圆。

Hiburan Wed, 31 Jul 2024
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Fri, 13 May 2022

“Mungkin Dia Malu Kot…” – Lelaki Berbaju Melayu Curi Kondom Di Kedai Serbaneka

Alamak… 1 Syawal dah macam-macam hal eh! Habislah lepas ni baju Melayu merah kena blacklist 😂

Featured Tue, 6 Jul 2021

BNM Jelaskan Tiada Caj Faedah Atau Keuntungan Terkompaun Dalam Tempoh Moratorium

Umum maklum, BNM hari ini memaklumkan bahawa peminjam boleh memohon moratorium selama enam bulan mulai esok. Justeru itu, Bank Negara (BNM) turut mengingatkan semua peminjam individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk […]

Trending Fri, 18 Oct 2019

“Rise and Shine”, Kylie Jenner Made Twitter Woke On Her Talent

In 2019, we stan Kylie’s talent! Stop sleeping on her!

error: Content is protected !!