Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 6, 2023 @ 4:54pm

Video Aksi Menari Dikecam Netizen, Mierul Aiman Terima Kritikan Dan Perbaiki Diri – “Mesti Akan Ada Pembangkang…”

Pelakon Mierul Aiman berfikiran terbuka dengan kecaman dan komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Memetik laporan Gempak, Mierul menganggap kecaman tersebut sebagai asam garam kehidupan sebagai seorang anak seni.

“Bagi saya kita sebagai pemain dalam industri ini adalah seorang pengkarya. Kita perlu mendengar kritikan atau pendapat daripada orang lain.

“Sebab itu adalah sebahagian daripada kerja kita. Kita dalam satu pokok yang sama. Kerja kita ini akan disiarkan dalam satu skala yang sangat besar.

“Jadi bila kita mempersembahkan cerita kita dalam skala besar, kita juga terima pendapat dalam skala yang besar,” ujarnya.

Sementara itu, Mierul berpendapat bahawa netizen berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dan dia mengambil teguran tersebut untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Seperti mana yang kita belajar di sekolah, dalam apa sahaja kerja yang kita lakukan mesti akan ada pembangkang.

“Mereka mempunyai pendapat yang kukuh, mereka menyuarakan apa yang mereka fikir dan kita sebagai pemain yang mendengar perlu menerima dan reflek kepada diri kita.

“Harus tahu sama ada adakah benda itu betul atau perlu dibaiki untuk menjadikan diri kita lebih baik di masa hadapan.

“Saya enjoy dengan karier saya, saya enjoy this feel, seronok dalam padang ini, suka untuk berinteraksi dengan penonton.

“Insya-Allah dengan izinNya, kaki, tangan, karya dan jiwa saya bekerja demi industri ini,” katanya.

Terdahulu, Mierul dikecam netizen gara-gara video aksi tariannya untuk sebuah majalah terkemuka, baru-baru ini.

Selain Mierul, pelakon Amir Ahnaf juga menerima nasib yang sama apabila menari sambil mengenakan jaket denim yang menampakkan bahagian dada dan pusatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Feb 2025
Featured Wed, 17 May 2023
Featured Fri, 7 Mar 2025

Madammu Sokong Ridzokumura Buat ‘Live’, Minta Henti Spekulasi Isu Kematian Akiko – “Mereka Happy Family, Stop Komen Mengarut Dibulan Puasa Ni”

Madammu juga menyokong tindakan rakannya itu berkongsi maklumat terkini dan penjelasan lanjut mengenai situasi yang berlaku.

Featured Thu, 29 Dec 2022
Featured Sun, 29 May 2022
Featured Fri, 9 Aug 2024

“First Time Tengok Joke Macam Ni” – Gara-Gara Lakon Babak Seperti Di Syurga & Backup Lee Zii Jia, Izara Aishah Dikecam Warganet

Kalau you guys nak komen positif, maka positif lah ia… begitu juga sebaliknya. Min no komen👀

error: Content is protected !!