Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2024 @ 3:30pm

“First Time Tengok Joke Macam Ni” – Gara-Gara Lakon Babak Seperti Di Syurga & Backup Lee Zii Jia, Izara Aishah Dikecam Warganet

Pelakon jelita, Izara Aishah menerima kecaman apabila berkongsi video memperlihatkan dirinya seakan-akan berada di syurga sambil mempertahankan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia yang sebelum ini menerima kritikan hebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Kritik Lee Zii Jia Tular, Pengulas Sukan Terima Komen Kasar… Siap Sebar Aib Keluarga!

ARTIKEL BERKAITAN:Momen Lee Zii Jia Peluk Wartawan Undang Sebak, Netizen Komen: “Berjurai Air Mata, Thank You Selalu Ada Dengan Mereka”

Menerusi perkongsian yang tular di platform X, seorang pengguna media sosial tampil menegur tindakan aktres itu yang dilihat sengaja mempersendakan agama apabila tidak sensitif menjadikan keadaan di syurga seperti bahan jenaka.

“First time tengok orang Islam buat joke “dari syurga” ni. Rasanya ini macam mempersendakan agama,”ciapnya.

Tidak habis disitu, seorang lagi pengikutnya tampil mempersoalkan tindakan Izara yang dilihat cuba mempertahankan atlet bukan beragama Islam itu.

Menurut pengguna media sosial yang dikenali sebagai @JibrilZul, melakonkan semula keadaan di syurga dan neraka adalah tidak wajar apatah lagi mempertahankan individu bukan muslim.

“Minta pendapat aku eh, aku rasa melakonkan semula keadaan syurga dan neraka memang tidak wajar, neraka la utama dia.

“Dalam video ni, Zii Jia bukan muslim, dan kita muslim. Adakah kita akan mempertahankan manusia yang kufur kepada Allah di syurga kelak? Even family sendiri tidak,” katanya.

Malah, individu berkenaan turut berkongsi foto grafik mengenai larangan melakonkan situasi di syurga dan neraka.

Bagaimanapun, sedar dirinya menjadi topik perbualan, Izara atau nama penuhnya, Izara Aishah Hisham, 32, tampil memberikan respons terhadap hantaran individu terbabit.

Terdahulu, pelakon drama Vanilla Coklat itu memuat naik video seakan-akan meluahkan perasaan geramnya terhadap wartawan yang membuatkan Lee Zii Jia berasa ‘down’ sebelum ini menerusi platform TikTok miliknya.

“Saya dalam syurga apabila nampak wartawan buat Zii Jia menangis,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih satu juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka selepas ia dimuat naik pada Khamis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Jun 2024

Terima Ratusan Komen Berbaur Makian Setiap Hari, Ibu Aliff Aziz Sifatkan Netizen Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Peribahasa ‘Seperti Lembu Dicucuk Hidung’ bermaksud: Orang yang mengikut sahaja kehendak orang lain.

Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Wed, 4 Feb 2026

“Tak Perlu Blur Muka Saya” – Mahu Lihat DJ Kidd Bekerja, Emma Maembong Mengaku Masuk Kelab Malam

Emma Maembong mengaku individu yang dimaksudkan sebagai ‘Pelakon Wanita Popular Di Kelab Malam’

Trending Thu, 28 Dec 2017

「时尚之都」巴黎地下墓穴 埋葬700万人

法国巴黎被人们称为「时尚之都」,但在那里有一个超诡异的地下墓室,里头埋葬着700万具尸骨,被人们称为「骷髅墓」。据称,这个墓穴里的尸骨都是被人们刻意移来转去的,且在此之前是一个采石场。

Trending Mon, 22 Jul 2019

‘Saya Nak Jumpa Dia’- Mangsa Langgar Lari Bengang!

Saya tak boleh nak buat semua benda sendiri.

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Natasha Hudson Mengaku Dah Kembali Single

Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya.

error: Content is protected !!