Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2024 @ 6:05pm

Video Kritik Lee Zii Jia Tular, Pengulas Sukan Terima Komen Kasar… Siap Sebar Aib Keluarga!

Kemenangan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia meraih pingat gangsa pada sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini memberi sedikit ‘tamparan’  buat segelintir pihak yang dahulunya mengkritik tindakannya untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menerusi pemerhatian XTRA di platfrom X, tular semula video melibatkan beberapa orang hos rancangan yang juga pengulas sukan popular, Hafizal Hamad yang didakwa menjadi punca Lee Zii Jia menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen pada ketika itu.

Geram dengan tindakan tidak profesional Hafizal, terdapat seorang pengguna media sosial tampil memuat naik bukti berupa pesanan WhatsApp  bertujuan mengaibkan pengulas sukan tersebut.

Sedar namanya menjadi topik perbualan netizen di platform berkenaan, Hafizal bagaimanapun memberikan amaran kepada individu berkenaan agar memadam ciapan tersebut.

“Saya mohon delete posting awak. Awak ada ayah dan ibu, rasa tak elok. Allahuakbar! aib saya awak buka dengan arwah sekali.

“Saya dah minta cara elok, delete. Saya bagi tempoh sampai petang ini. Jika tak saya akan buat laporan polis dan pihak MCMC. Ingat, kita ada ibu bapa. Klaau benda ni saya buat dengan awak?,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan X, rata-rata netizen menyelar tindakan Hafizal yang didakwa menjadi punca Lee Zii Jia menerima kritikan hebat apatah lagi sehingga pemain itu mengeluarkan air matanya ketika ditemu bual pengulas sukan, Ahmed Shahrazad Sani sebaik sahaja memenangi pingat gangsa menentang pemain India, Lakshya Sen.

Meskipun begitu, netizen berpendapat tindakan menyebarkan aib termasuklah menyentuh isu peribadi sebagai tindakan yang sangat keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN:Momen Lee Zii Jia Peluk Wartawan Undang Sebak, Netizen Komen: “Berjurai Air Mata, Thank You Selalu Ada Dengan Mereka”

ARTKEL BERKAITAN:Raih Pingat Gangsa Buat Malaysia, Lee Zii Jia, Aaron Chia & Soh Woo Yik Terima Hadiah Kereta Mewah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 15 Jul 2018

Reka Cincin Untuk Tunang, Bekas Kekasih Justin Bieber Tak Hairan

Justin terlibat mereka bentuk cincin pertunangan dan dia mahu cincin tersebut kelihatan cantik di jari tunangnya.

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

Featured Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Tue, 11 Nov 2025

“Saya Memang Fun, Tapi Tak Sempat Nak ‘Kacip’ Kat Media Sosial” – Farah Lee

Farah Lee tak borak ‘kacip’, mahu anak muda membesar jadi pemimpin

Featured Tue, 3 Mar 2026

Kongsi Petikan Fitnah Akhir Zaman, Netizen Tegur Firdaus Ghufran – “Macam Mana Nak Hadap Ujian Dajal Kalau Ujian Wanita Pun Failed”

Pelakon, Firdaus Ghufran menyorot perhatian apabila perkongsiannya mengenai fitnah akhir zaman baru-baru ini dipertikaikan warganet.

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
error: Content is protected !!