Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari December 8, 2023 @ 6:20pm

Ditanya Menyesal Atau Tidak Jadi Penyanyi, Ini Jawapan Syada Amzah! – “Orang Panggil Saya Radio Bergerak”

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi Syada Amzah menyanyikan semula (cover) sebuah lagu Arab yang berjudul Kalam Eneih mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syada Amzah Nyanyi Lagu Arab Dikritik, Netizen Kata ‘Bakat Yang Patut Dipendam’… Ramai Juga Puji Suara Sedap

Terbaharu, menerusi video temu bual bersama sebuah syarikat rakaman, Syada ditanya adakah menyesal bergelar seorang penyanyi, dia menyatakan bahawa ia sebuah anugerah.

Malah, dia diberi gelaran ‘radio bergerak’ kerana gemar menyanyi sejak usia empat tahun lagi.

“Tak. Tuhan dah anugerahkan. Saya memang suka nyanyi… orang panggil saya radio bergerak. Jadi, tak menyesal lah.

“Saya nyanyi dari umur empat tahun. Macam mana nak menyesal? Umur empat tahun tu tak pernah fikir lagi,” jawab Syada.

Adik kepada penyanyi Shila Amzah ini juga sering menyanyikan semula lagu penyanyi lain di Instagram dan Twitter dengan menggunakan tanda pagar #cadasings.

Untuk info, Syada memulakan kerjaya nyanyian sejak berusia 10 tahun menerusi sebuah rancangan realiti Idola Kecil pada 2008.

Kemudian, dia turut menyertai rancangan realiti nyanyian Big Stage Musim 2 namun tersingkir pada minggu kelima.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Apr 2025

[VIDEO] “Dia Seorang Anak Yang Kuat” – Khairul Aming ‘Review’ Azfar Heri, Niat Mahu Bawa Tunai Umrah November Ini

“Dia paling masuk air tapi dibelakang tabir tu dia seorang budak yang rajin sebenarnya” – KA

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

“Saya tak sangka Izara Aishah terima. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi…” – Aliff Syukri.

Filem Mon, 8 Jun 2026

Twin Walk For Khadam Meriah, Peminat Jadi Antara Penonton Terawal Filem Khadam

Menjelang tayangan rasmi filem seram Khadam pada 11 Jun ini, ratusan peminat membanjiri sekitar KL Sentral dan TGV KLCC bagi memeriahkan acara khas Twin Walk For Khadam yang berlangsung pada Ahad lalu.

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Alhamdulillah, rezeki tunai umrah di bulan Ramadan😎

Events Tue, 12 Mar 2019

37年创作版税仍在收!罗大佑420来马开唱

《童年》37年前创作,版税至今仍在收!罗大佑4月20日来马,以全新演绎方式唱给你听~

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

蔡迪伸被问到怕!新曲直白《你不要再问我几时结婚》

蔡迪伸被问到怕!全新创作《你不要再问我几时结婚》直接了当的唱出其真实感受。

Trending Wed, 23 Sep 2020
error: Content is protected !!