Hiburan By: Syamir Shafie December 12, 2023 @ 7:12pm

Gara-Gara Hidup Solo & Tidak Ada Boyfriend, Amylea Azizan Pernah Dianggap Songsang… Kini Bahagia Bercinta Selepas Menikah

Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan meluahkan rasa sedih dengan salah tanggapan netizen yang pernah melabel dirinya lesbian hanya kerana tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

Akui terasa hati, pelantun lagu Kendati itu menyifatkan kecaman tersebut sebagai keterlaluan dan merupakan perkara paling pahit dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni.

“Ada orang cakap saya tak straight sebab tak pernah ada boyfriend dan sering ke mana-mana seorang diri. Saya sedih sangat. Itu kecaman paling pahit pernah saya terima,” katanya kepada XTRA.

Kini, Amylea bersyukur kerana perkahwinannya telah menutup mulut segelintir pihak yang melabel dirinya ‘lesbian’.

Ratu runut bunyi drama itu menganggap dirinya bertuah apabila dipertemukan dengan suaminya, Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash.

“Saya sangat bersyukur kerana saya dapat merasai satu kisah percintaan yang ramai orang impikan.

“Perkenalan kami sangatlah singkat. Apabila sudah kenal dan berjumpa, keluarga pula sudah beri restu, kami terus kahwin.

“Saya bercinya dengan Ash lepas kahwin. Ini sebenarnya yang ramai orang mahukan. Macam zaman dulu-dulu,” jelasnya.

Tidak gemar bercinta terlalu lama, Amylea lebih bahagia dan teruja untuk mengenali Ash dengan lebih mendalam.

“Saya dah kenal dia tetapi belum berjumpa. Dia lamar saya terlebih dahulu kemudian barulah berjumpa.

“Kita tak dapat lagi nak kenal masing-masing. Lepas kahwin dapatlah dalami,” ujarnya.

Amylea ditemui XTRA usai sidang media pengumuman 30 lagu yang bakal bersaing merebut 12 tempat ke AJL 38 Ahad lalu.

Dalam pada itu, dedah Amylea, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya tetapi perkara tersebut atas permintaan ahli keluarga.

SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fizza Frizzy akan bersiaran secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my untuk mengetahui lagu mana yang bakal berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Apr 2022
Trending Sat, 22 Dec 2018

45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Selepas 14 Tahun, 45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

《延禧攻略》翻拍越南版有谱?制作人亲自「给答案了」

《延禧攻略》开播后掀起热潮,更在东南亚爆红,最近就传出将翻拍越南版;更有一系列角色的演员名单,在网路上流传,引起热烈讨论。

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Fri, 18 Oct 2019

Apa status perkahwinan saya? Ini pengakuan Hunny Madu

‘Tonton video pengakuan” kata Hunny Madu.

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Alhamdulillah…Tahniah Amar & isteri!

Trending Thu, 15 Jul 2021

Semak Cara Mohon Bakul Prihatin Negara, Khas Buat Keluarga Yang Terkesan

Bakul Prihatin Negara adalah bantuan untuk keluarga yang terkesan ♥

Hiburan Thu, 2 Feb 2023

Berat Badan Naik 10 Kg, Netizen Usik Watie Makin Bahagia – “Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni?”

Orang kata kalau tengah bahagia ni badan akan berisi sikit 🤪🤪🤪 Sedang angau dilamun cinta la katakannn 🤪🤪