Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari December 15, 2023 @ 3:21pm

Perbicaraan Disambung Semula, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual PU Azman Dibuat Secara Tertutup

Hakim Mahkamah Sesyen Seremban, Datin Surita Budin telah mengarahkan prosiding sambungan kes amang seksual yang membabitkan pendakwah selebriti, PU Azman diadakan secara tertutup pada pagi Jumaat.

Memetik laporan mStar, Hakim juga mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes terbabit untuk keluar selepas saksi ke-11 dipanggil bagi memberi keterangan.

Walaubagaimanapun, PU Azman kelihatan tenang sebaik tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi yang mana turut ditemani barisan peguam yang mewakilinya.

PU Azman juga sempat menyapa wakil media dengan memberi salam dan bertanya khabar sebelum masuk ke dewan perbicaraan.

“Sudah sarapan?,” sapanya.

Dia diwakili oleh peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilan dan Norman Mohd Nasir manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hadi Hakimi Harun, Goh Hsiao Tung dan Zahidah Zakaria.

Sebelum ini, PU Azman dituduh atas lima dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.

Mengikut pertuduhan, PU Azman melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berumur 16 dan 17 tahun dengan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, Negeri Sembilan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Sep 2022
Cahaya Mata Wed, 24 May 2023

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Allahuakbar… berat ujian Ryzal dan Maryam 😢😢 Insya-Allah, ada rezeki lain suatu hari nanti ❤️

Hiburan Thu, 29 May 2025
Hiburan Sun, 12 Jan 2025

CSOIAM: “Apa Jadi Dengan Awak Ni?” – Yusry & Ziana Beri Kritikan Tajam Kepada Rezza Shah, Menyesal Beri Imuniti?

Juri tetap CSOIAM, Ziana Zain & Yusry Abdul Halim memberikan komen pedas kepada Rezza Shah.

Featured Fri, 8 May 2020
Trending Wed, 20 Dec 2017

WHAT WE CAN LEARN FROM DATUK JIMMY CHOO’S ‘RAG TO RICHES’ STORY

Datuk Jimmy Choo wasn’t born with a silver spoon in his mouth. He really worked hard to get to where he is today.

error: Content is protected !!