Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 16, 2023 @ 1:57pm

“Pernikahan Ini Bukti Saya Tak Pernah Menipu” – Hafidz Roshdi Kahwin Lain, Bekas Isteri Tak Halang Anak-Anak Jumpa Athira Yuhada

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengucapkan tahniah atas perkahwinan kedua selebriti ini bersama wanita bernama Athira Yuhada.

Memetik laporan mStar, Shuhada menyifatkan perkahwinan Hafidz dan Athira ini sebagai satu bukti bahawa dia tidak pernah menipu berhubung dakwaan rumah tangganya diganggu pihak ketiga.

“Itu hajat dia, pilihan dia. Baguslah. Harap yang terbaik sahaja dalam hidup.

“Allah maha baik. Saya juga tumpang gembira dan perkahwinan ini bukti saya tidak pernah menipu sebelum ini.

“Tahniah di atas pernikahan kedua. Harap yang terbaik sahaja dalam hidup,” katanya.

Sementara itu, Shuhada menjelaskan anak-anaknya, Humairah dan Umar tidak mahu berjumpa bapanya, namun tidak akan menghalang dua anak mereka ini untuk bertemu Athira.

“Ia bergantung kepada anak-anak. Saya tidak halang apa-apa tapi setakat ini, mereka memang tidak mahu jumpa sebab mereka tahu semuanya dari mula. Saya okay sahaja,” jelasnya.

Hafidz Roshdi

Hafidz dan Athira selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, kira-kira jam 8:15 malam tadi dengan sekali lafaz.

Dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada, Hafidz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 serta lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak perempuan.

Desas desus Hafidz bakal berkahwin dengan Athira akhirnya terjawab apabila dia berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Artikel Berkaitan: “Dia Cinta Pertama & Terima Kekurangan Saya Seadanya,” – Hafidz Roshdi Syukur Jadi Suami Athira Yuhada

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tamat Zaman Duda, Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri

Artikel Berkaitan: Didakwa Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 16 Disember, Hafidz Roshdi Tampil Buka Mulut

Artikel Berkaitan: Dituduh Dera & Abaikan Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Buat Laporan JKM – “Jangan Pentingkan Diri…”

Artikel Berkaitan: Individu Luah Perasaan Diganggu Penyondol Bernama ‘Athira’, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Terhibur – “Ada Je Yang Relate, Tak Apa Saya Bantu…”

Artikel Berkaitan: “Nafkah Ni Privasi Di Antara Saya Dengan Bekas Isteri” – Hafidz Roshdi

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jun 2024
Featured Mon, 6 Jan 2025
Featured Fri, 13 Sep 2024
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

AZMI KELUAR CALIPH BUSKERS, TAMPIL SOLO LAGU KATA JUANG?

Sarat dengan nasihat dan pesanan, lirik lagu ini dianggap begitu deep tetapi masih mampu difahami

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Sherry Ibrahim Akui Bukan Lagi Duta Produk Kecantikan…

Sherry menafikan wujud sebarang masalah hingga beliau terpaksa berbuat sedemikian

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Betulkah Ardell Aryana Sakit Kanser?

Adakah benar Ardell kini sedang menghidap kanser? Baca berita penuh hanya di Xtra.com.my!

Trending Fri, 28 May 2021
Selebriti Mon, 25 Sep 2023
error: Content is protected !!