Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 20, 2023 @ 10:05am

[VIDEO] Akui Takut Nak Kahwin, Anna Jobling Dedah Pernah Kena Curang Berkali-Kali? – “You Akan Nampak B*doh Sebab…”

Pelakon cantik Anna Jobling mengakui bahawa dirinya takut untuk berkahwin gara-gara kes curang yang banyak berlaku, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @cutiepatootie.cp semasa temubual program Apa Yang Tak Kena di Youtube, Anna juga mendedahkan pernah dicurangi beberapa kali semasa dalam hubungan percintaan.

“Perkara (curang) ni buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya single tapi happy daripada kahwin lepas tu sakit hati.

“Saya pernah kena curang a few times, a couple of times. Saya pun terfikir kenapa boleh dicurangi bukan hanya pada saya sahaja malah kepada wanita lain. There is no excuse for cheating,” tegasnya.

Selain itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini memberitahu lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang hal peribadinya dan membiarkan orang berteka-teki.

“Nobody knows semua benda tentang my private relationship life. That is how I like to keep it. Saya tak akan cerita semua benda.

“Kalau orang nak buat assumption, go ahead saya tak akan cakap apa-apa tapi you akan nampak bodoh lah sebab buat andaian sendiri.

“What if it not about that person? Then you akan nampak bodoh lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anna turut menyifatkan sikap lelaki yang tidak disukainya iaitu seseorang yang hanya berpura-pura.

“Saya paling benci yang sejenis hipokrit macam larang tak boleh buat sesuatu perkara tapi sebenarnya dia yang buat,” katanya.

@cutiepatootie.cp gimana orang bisa selingkuhin Anna jobling, Anna terlalu baik untuk laki laki yg selingkuhin Anna. peluk jauh my baby girl💜 #annajobling #apayangtakkena #maskteam #artismalaysia ♬ suara asli – Secret Admirer ✌️

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Oct 2018

The New Retirement Age in Malaysia is 95-Years-Old?!

Tun Dr Mahathir said so himself!

Featured Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Isu Penyampai Trofi FFM30, Produksi Astro Belum Ada Kata Putus

Kita nantikan ulasan lanjut daripada pihak produksi mengenai hal ini!

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

「Anugerah Skrin 2018颁奖典礼」新增电视剧类中文奖项

第三电视第22届「Anugerah Skrin 2018颁奖典礼」将于11月2日盛大举行!为了进一步推广本地影视圈发展,让颁奖典礼更添多元性,该颁奖典礼特新增3大电视剧类奖项,同时也是首次增设中文电视剧类奖项!

#tilljannah Thu, 8 Dec 2022

Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat Isteri, Warganet Akui Anwar Ibrahim Lelaki Sejati Buat Azizah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi bualan netizen kebelakangan ini.   View this post on Instagram   A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman […]

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Gambar Bogel Mirip Anak Tular, Che Ta Lapor SKMM

Ammar baru dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu hari ini. Disebabkan itu, Ammar dan pengurus saya sudah buat laporan kepada pihak SKMM.

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Studio Radio Baharu Media Prima Audio Diperkasa Teknologi EV Sun & Metaspace

Media prima audio guna teknologi AI secara menyeluruh

error: Content is protected !!