Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 21, 2023 @ 7:02pm

Perkahwinan Kedua Kerap Dikritik, Ini Respons BCL – “I Hope Everyone Respect Our Life”

Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL tampil memberikan respons susulan perkahwinan keduanya bersama Tiko Aryawardhana kerap menerima kritikan daripada warganet.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, BCL telah memuat naik semula video temu bual yang mengulas tentang keterbukaan hatinya menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya selepas pemergian Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

ARTIKEL BERKAITAN: BCL Sah Bergelar Isteri Tiko Aryawardhana

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Momen Akad Nikah, Tiko Aryawardhana Penyeri Hidup BCL – “He Brings Back My Smile”

Menurut BCL, perkara itu bergantung kepada cara seseorang itu hadir dalam hidupnya biarpun dia sedar tidak akan ada yang boleh menggantikan arwah Ashraf.

“Kalau membuka hati atau tidak mungkin bergantung dari bagaimana approach orang yang datang kepada saya. Dia datang sebagai kawan, kemudian berbual, kita selesa, kemudian kita connected.

“Tapi perkara itu tidak akan sama. Takkan pernah akan sama. Saya juga tidak mencari pengganti, tidak akan yang bisa menggantikan. Tapi, tak memaksa dari tidak akan menemukan seseorang.

“Saya hanya hidup dan lihat ke mana yang ditakdirkan Allah yang seperti apa untuk saya jalani. Aku cuma bisa jalani hidup itu yang saya tahu from that day it happened, hidup hanya bisa dijalani, diterima. We just do the best that we can,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, BCL turut memohon agar orang ramai menghormati keputusannya untuk membina kehidupan baharu bersama Tiko kini.

“I hope everyone respect our life.. Records from November 9th 2022 in Malaysia,” tulisnya.

@itsmebcl_ I hope everyone respect our life.. Records from November 9th 2022 in Malaysia Credits @kelkatu.tv ♬ original sound – BCL Official

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah Sinclair Sifatkan Tiko Aryawardhana Jodoh Tepat Buat BCL

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Populariti Jadi Pertaruhan, Emma Maembong Terheret Dalam Dunia Gelap ‘Santau Perempuan Terlarang’

Emma Maembong menyifatkan karakter itu sebagai antara peranan paling kompleks pernah dilakonkan

Hiburan Thu, 2 Feb 2023

Berat Badan Naik 10 Kg, Netizen Usik Watie Makin Bahagia – “Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni?”

Orang kata kalau tengah bahagia ni badan akan berisi sikit 🤪🤪🤪 Sedang angau dilamun cinta la katakannn 🤪🤪

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Tugasan Pertama Top 20 Bermula, Masing-Masing Sudah Mula Tunjuk ‘Taring’

XTRA XSTAR 2025 semakin hangat! Undian peserta kegemaran anda sebelum 12 Oktober

Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Betul Ke Scha Tak Pakai Baju Atau…?

Pelakon Scha Alyahya antara selebriti wanita yang menjadi idola ramai dalam bab berfesyen. Apa saja yang digayakan oleh Scha pasti akan menjadi perhatian. Baru-baru ini, sekeping gambar yang dimuat naik oleh pelakon itu di Instagram miliknya mengundang […]

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

“Tak Semua Orang Ada Visi Sama” – Syamel Terkilan ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke AJL40 Separuh Akhir, Beri Bayangan Mahu Berehat?

Syamel yang juga suami kepada penyanyi, Ernie Zakri ini turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminat

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

“Saya Tak Pernah Burukkan Bekas Suami” – Sheila Majid Larang Anak-Anak Menentang Roslan Aziz

Sheila Majid tak ajar anak-anak menentang bekas suami, Roslan Aziz

error: Content is protected !!