Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi December 22, 2023 @ 11:45am

Anak Maut Ditinggalkan Dalam Kereta Selama 8 Jam, Ibu Mengaku Tak Bersalah

Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang maut selepas lapan jam ditinggalkan dalam kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Nur Sari Fardiana Mohd Amran, 38, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi Perempuan Maut Ditinggalkan Dalam Kereta, Ibu Sangka Dah Hantar Ke Tadika 

Mengikut pertuduhan, wanita itu yang mempunyai perniagaan atas talian didapati melakukan pengabaian dengan meninggalkan anaknya, Airis Heidi Mohammad Hafiz yang berusia dua tahun tiga bulan dalam kereta hingga menyebabkan kematian di hadapan rumah di Ara Damansara, di sini, antara jam 8 pagi hingga 3.15 petang, 8 November lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

“Syarat tambahan, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Nur Sari Fardiana, Datuk Hanif Hassan memohon jaminan RM5,000 selepas menyifatkan cadangan jaminan pendakwaan terlalu tinggi.

“Mangsa dalam kes ini adalah anak tertuduh, sepanjang lebih sebulan ini dia mengalami trauma dan perkara ini perlu diambil kira dalam menetapkan jumlah jaminan.

“Anak guam tidak dapat fokus kepada perniagaannya yang menyebabkan pendapatan merosot, selain tiada risiko melarikan diri dan memberi kerjasama sepanjang siasatan,” katanya.

Mendengar rayuan kedua-dua pihak, Dr Syahliza kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan, selain menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, media melaporkan wanita itu menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa, jam 7 pagi pada hari kejadian.

Ibu mangsa berhenti sekejap sejurus tiba di tadika untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian hingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi berkenaan.

Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 6 Mar 2025

Bantu Golongan Memerlukan, Media Prima Berhad & Nestle Malaysia Agih 1,300 ‘Kotak Rezeki Dari Hati’

Inisiatif ini tuut mendapat sokongan ramai pihak dan jenama Lokal.

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

AMERICAN IDOL CONTESTANT LEAH LABELLE AND HUSBAND RASUAL BUTLER DEAD AFTER CAR CRASH

Former American Idol contestant Leah LaBelle and her husband ex-NBA player, Rasual Butler, have died after an early morning car crash.

Trending Sat, 22 Feb 2025
Featured Mon, 20 Nov 2023
Drama Mon, 18 Aug 2025

Norish Karman Lebih Berdikari, Tak Kisah Berhabis Ribuan Ringgit Demi Watak

Kata Norish, sikap itu adalah hasil pengalaman lampau sebagai anak seni.

Trending Thu, 17 Jun 2021

“Saya Harap Peminat Bersabar” – Hisyam Hamid Dedah Ramai Yang Rindu Dengan…

Pelakon Hisyam Hamid berharap peminat dapat bersabar menantikan sambungan drama rantaian Cukup Derita Itu. Terhenti di episod 20, naskhah karya Siti Rosmizah itu dihentikan tayangan di slot Samarinda TV3 berikutan terdapat babak tidak sempat dirakamkan […]

error: Content is protected !!