Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 23, 2018 @ 3:29am

Dulu Depan Kamera, Sekarang Belakang Pula

Selepas 10 tahun membina nama dalam industri hiburan, pengacara popular Nabil Ahmad ingin membantu mencari pelapis baru.

Mengimbas kembali di awal kemunculannya di dalam bidang seni, Nabil Ahmad dan rakan seangkatan selalu diberi peluang untuk mengasah bakat.

“ Saya ambil contoh seperti Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Hans Isaac yang sentiasa memberi ruang kepada bakat baharu dalam program terbitan mereka, saya juga nak lakukan perkara sama.

“ Kini giliran saya pula untuk memberi ruang kepada bakat baharu menampilkan kreativiti mereka,” katanya.

Tambahnya, bakat baharu ini akan ditampilkan dalam pelbagai program yang bakal diterbitkan menerusi syarikat produksinya, Nabil Production.

Katanya, produksi yang digerakkan bersama rakan kongsinya itu kini sudah menerbitkan lapan produk.

“Sedekad di depan kamera, sekarang masanya untuk saya berada di balik tabir sebagai penerbit, selain mencurahkan idea dengan menghasilkan skrip kerana saya juga meminati kerja penulisan.

“Setakat ini, saya sudah menerbitkan program sitkom, telefilem sempena Syawal dan tazkirah viral. Selain itu, produksi ini juga akan muncul dengan program animasi dan filem. Saya cuma berdoa semua perancangan ini berjalan lancar,” katanya yang bersyukur kerana terus diberi kepercayaan stesen televisyen.

Sumber: BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 May 2023

[VIDEO] Shila Amzah Nafi Putus Cinta Bersama Ubai – “Kami Okay, Cuma Saya Saja..”

Segala spekulasi telahpun terlerai. Doakan yang baik baik buat pasangan kekasih, Shila & Ubai ok! ❤️❤️

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Fri, 2 May 2025

“Yang Kaya Tu Allah Sahaja”- Bonda Rozita Bidas Netizen Dakwa Suami Baharu ‘Cuci Kaki’

Bonda Rozita mempertahankan suaminya itu sekaligus menitipkan pesan buat netizen.

Featured Tue, 4 Nov 2025

Suprise Istimewa! Isteri Hadiah Motor Idaman Buat Achey

Kejutan itu dirancang oleh isteri tercinta dengan bantuan rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat.

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Wed, 3 Sep 2025
error: Content is protected !!