Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie December 27, 2023 @ 9:34pm

Rakyat Malaysia Berdepan Detik Cemas, 27 Jam Terkandas Di Korea Akibat Pesawat Alami Masalah Teknikal

Seorang penumpang, Nuruljannah Musatapa berdepan detik cemas apabila pesawat AirAsia yang dinaiki mengalami masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Kejadian itu mengakibatkan dia bersama 315 penumpang lain terkandas lebih 27 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.

Memetik laporan Harian Metro, penerbangan yang dijadualkan berlepas pada 6.55 pagi Sabtu tergendala hampir dua jam.

Susulan itu, penumpang diminta keluar daripada pesawat dan menunggu di pintu pelepasan.

“Kami kemudiannya dimaklumkan yang mereka sediakan hotel berdekatan lapangan terbang dan akan kemas kini semula jadual penerbangan baharu.

“Dalam 9.30 malam kami diminta balik semula ke lapangan terbang untuk daftar masuk sekali lagi dan naik penerbangan yang sama sekitar 1.30 pagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nuruljannah memberitahu bahawa masalah teknikal sekali lagi berlaku dalam pesawat selain landasan diselaputi salji tebal menyebabkan ia tidak bergerak selama hampir lapan jam

“Masa ini ada yang dah keluar dari pesawat sebab dah tak tahan tunggu lama, tapi kami diberitahu kalau nak keluar tak boleh naik pesawat sama dan kena beli tiket baharu.

“Jadi kami tunggu sampailah pesawat boleh berlepas,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, semua penumpang diberi makanan dan minuman secara percuma.

Difahamkan, mereka juga boleh membuat tuntutan insurans atas faktor kelewatan.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Feb 2026
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Konsert ‘Slam X Exists-Our Journey’: Sebuah Kembara Nostalgia Di Mega Star Arena 26 Julai 2025 Ini!

Konsert ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga menceritakan perjalanan Slam dan Exists

#ThrowbackXTRA Wed, 31 May 2023
Featured Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Featured Thu, 12 Jun 2025

Jefri Nichol ‘Tolak’ Tawaran Berlakon Adegan Panas Demi Ameera Khan? – “Dia Kata Lebih Bagus Jangan”

Jefri kini tidak mahu terlibat membawakan adegan dewasa bersama pelakon wanita lain di set penggambaran.

Trending Tue, 26 Nov 2019

Japan Invented A New Way Of Staying Flawless; That Is By Spraying On A New “Skin”

Japan taking beauty to another whole level, none ever thought of doing.

error: Content is protected !!