Hiburan By: Khairil Khusyairi December 29, 2023 @ 1:15pm

Bakal Melahirkan Bayi Kedua, Dayah Bakar Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

Pengacara dan personaliti TV3, Dayah Bakar memaklumkan bakal melahirkan bayi kedua dalam bila-bila masa sahaja.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar memohon doa semua agar urusan melahirkan lancar.

“Sebelum bertambahnya ahli keempat dalam keluarga kami, insyaAllah, Saya dengan rendah diri memohon doa kalian semua.

“Doakan diberi kemudahan, kesihatan yang baik, kelancaran di dalam melahirkan baby adik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dayah yang juga hos program Malaysia Hari Ini itu juga memohon maaf sekiranya ada melakukan khilaf.

“Saya minta maaf jika ada salah dan silap, mengguris hati tanpa sedar … Maafkan saya ya.

“Semoga segala doa yang baik dari kalian diangkat dan Allah kurniakan kalian kebaikan yang berganda,” tutupnya.

Untuk rekod, Dayah mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada Jun 2018 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020. 

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dayah Bakar Umum Bakal Timang Cahaya Mata Kedua – “Fahri Will Soon Jadi Baby Abang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ajar Anak Panggil ‘Ibu’ Tapi Yang Keluar Nama…” – Peminat Terhibur Dengan Telatah Anak Dayah Bakar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

「凡人」萧秉治11月来马!北中南全马宣传跑透透

萧秉治「浴火重生」以专辑《凡人Mortal》回归乐坛,将于11月3日及4日来马,北中南全马宣传跑透透!

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Trending Fri, 9 Mar 2018

Influencer Seiras Wajah Selebriti Popular Tempatan, Nombor 3 Paling Sama!

Pasti teruja bukan apabila mengetahui ada orang lain yang seiras dengan kita. Apatah lagi jika mereka itu pelanduk dua serupa kepada artis popular mahupun insan-insan terkenal!

Hijab & Heels ingin membawa penonton mengenali lima Instafamous atau Influencer yang memiliki wajah seiras selebriti tempatan.

Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program […]

Fab Foodies! Thu, 30 May 2019

How to Be A Tea Connoisseur? Here’s 5 Interesting Facts About Tea That You MUST Know!

This particular brand of tea puts you to a deep restful night seep..