Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 29, 2023 @ 3:33pm

[VIDEO] Kongsi Pengalaman Pinjamkan Baju Kurung, Uyaina Arshad Dedah Kawan Pulang Dengan Aksesori Tambahan? – “Bila Saya Cium Baju Tu…”

Pengacara Uyaina Arshad mendedahkan pernah meminjamkan sepasang baju kurung kepada seorang kawan sewaktu di sekolah menengah.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia teringat kisah tersebut selepas tular di platform X tentang seorang individu yang meminta rakannya berkali-kali untuk memulangkan baju yang dipinjam.

Menurut Uyaina, dia turut mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan apabila baju yang dipinjamkan dipulangkan dalam keadaan tidak berbasuh dan kotor.

“This reminds me of this one story masa saya sekolah menengah dulu. Ada this one girl dia pinjam baju kurung saya. Baju kurung tu color purple.

“Isu dia bukan dia tak pulangkan balik, dia pulangkan balik tanpa saya tak perlu mengemis untuk dapatkan baju itu balik which is good.

But dia pulangkan balik dengan aksesori tambahan. Dia pulangkan balik baju saya tu satu, baju tu tidak berbasuh. Dua, ada kesan bocor (darah haid) dekat kain baju kurung tu.

“Maknanya dekat kain baju kurung tu ada kesan darah kering dekat situ. Kepala otak saya jammed waktu tu.

“Baju tu bergantung, usually bila kita dapat baju mesti kita akan cium especially bau lepas laundry which is bau dia sedap. Saya cium baju tu dengan harapan baju tu akan berbau wangi.

“So, bila saya cium baju tu satu, bau perfume dan bau ketiak yang bercampur. Dua, bila saya nampak kesan darah tu saya macam (muka terkejut),” jelasnya.

Dalam pada itu, pengacara Wanita Hari Ini turut memberi pesanan agar barang yang dipinjam perlu dipulangkan dengan baik dan memulangkan semula sebelum diminta.

“So my point is guys, this is the common sense kalau you dah pinjam barang orang pertama sekali you pulangkan balik sebelum owner tu minta berulang kali.

“This applied to orang yang pinjam duit juga, you kena bayar hutang sebelum peminjam minta balik or worse kena mengemis.

“Number two, macam mana you pinjam barang tu macam tu juga lah you return barang tu dekat owner,” pesannya.

@uyaina.arshad

Tengah scroll X, tetiba terbaca tweet ni. Korang pernah face tak benda ni? Orang pinjam barang korang, pastu tak pulang2 kan. Yang kes macam I kena tu, ada jugak yang pernah kena tak? 🙂 Meh share! Haih.. Common sense lah benda yang paling tak common 🙃

♬ original sound – UA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

‘Kami Rasa Lebih Selamat’- NAMA

Kumpulan NAMA yang mencipta fenomena tersendiri selepas menjadi pilihan juri pada Asia’s Got Talent (AGT) lalu rasa lebih ‘selamat’ apabila masyarakat lebih mengenali NAMA berbanding secara individu. “Orang hanya kenal NAMA tapi bukan individu, kalau […]

Trending Thu, 19 Sep 2019

Rebecca Nur Islam Tetap Doakan Eina Azman Walaupun….

Tak pasal-pasal babitkan orang lain yang tak bersalah

Trending Mon, 21 Jun 2021

Lagu Kesetiaan Jadi ‘OST’ Video Cemas Pintu ATM Tertutup, Siti Sarah Nak Bagi Hadiah Kepada Pemuda Viral!

Penyanyi Siti Sarah mahu memberikan hadiah kepada pemuda yang hampir terperangkap di dalam bank selepas mengeluarkan wang di mesin teler automatik atau automated teller machine (ATM). Potongan video memaparkan aksi pemuda yang hampir terperangkap itu […]

FESYEN Thu, 19 Sep 2019

Pharell Williams Supports Women Empowerment With Adidas Originals Campaign “Now Is Her Time”

Dear Pharell, we love you, sincerely, women from all over the world.

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

12千人潮齐倒数迎新年 何念慈将推出个人写真集

槟城《嗨Fun Mmall跨年演唱会》圆满结束,当晚吸引12千人潮齐倒数迎新年!而大马网络女神Michiyo何念慈也为歌迷捎来好消息,透露将于2018年推出个人写真集及发专辑。

Hiburan Thu, 31 Jul 2025

[VIDEO] Buat Kejutan di PC Single ‘Break’, Air Mata Melly Goeslaw Tumpah Dengar Misha Omar Nyanyi ‘Pulangkan’

Penyanyi tersohor, Misha Omar, tidak menyangka akan menerima kejutan istimewa apabila komposer tersohor dari Indonesia, Melly Goeslaw hadir secara mengejut ke majlis pelancaran single terbarunya, Break. Momen penuh emosi itu ternyata menjadi kenangan manis buat […]

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
error: Content is protected !!