Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 29, 2023 @ 4:05pm

Tiket Mampu Milik Serendah RM58, Kumpulan Ungu Bakal Meriahkan Pesta Muzik Kuantan

Kumpulan muzik terkenal Indonesia Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo bakal menggegarkan Pesta Muzik Kuantan.

Bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 di Stadium Darul Makmur Kuantan, ia diadakan bersempena menyambut kepulangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke negeri Pahang.

Menurut pengarah Showpro Entertainment, penganjuran Pesta Muzik Kuantan adalah satu penghormatan buat Yang di-Pertuan Agong dan mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat.

Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan Yang di-Pertuan Agong ke negeri Pahang.

“Keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu yang sangat popular di Malaysia. Tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus,ini adalah peluang terbaik untuk rakyat jelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini.

“Bukan sahaja Ungu, kami juga turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Ara Johari, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi,” kata Haniah Hassan mewakili Showpro Entertainment.

Dalam pada itu, menurut Pasha selaku vokalis Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu berlaku dan mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif penganjuran.

“Terlebih dahulu kami ingin berterima kasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. Ini mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami membuat persembahan di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur.

“Tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan Yang di-Pertuan Agong ke Pahang.

“Ia menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu peminat di kawasan Pantai Timur,” katanya.

Lebih mengujakan, Pesta Muzik Kuantan menawarkan ‘harga rahmah’ serendah RM58 untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.

Harga tiket adalah seperti (Sejauh Mungkin) RM58.00, (Demi Waktu) RM88.00, (Cinta Dalam Hati) RM98.00, (Kekasih Gelapku & Seperti Yang Dulu) RM118.00, (Gegar) RM128.00, (VIP B, Free Seating) RM388.00, (VIP A, Free Seating), RM448.00 dan (MIP, Numbered Seating), RM628.00

Tiket boleh dibeli mulai hari ini, 29 Disember 2023 melalui Ticket 2U.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

Malam #BaikSemula Program Istimewa Dedikasi Kepada Wira Negara

Bersempena dengan kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang sedang rancak berlangsung di semua platform Media Prima Berhad, TV3 bakal menyajikan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula yang dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada […]

Featured Tue, 24 Oct 2023

“Darah Keluar & Sakit Perut Hingga Menggigil” – Tak Sangka Diri Hamil, Zizi Kirana Alami Keguguran 

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga ada rezeki lain inshaa-Allah💗

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

BISIK PADA LANGIT BIKIN KONTROVERSI

Tidak semua cerita melayu yang  bila sahaja kita habis menyaksikan filem tersebut, kita akan mendapat input dari cerita itu. Ada cerita Melayu yang kita pergi ke pawagam, menonton cerita itu sehingga habis tetapi, “kosong” dan ada juga yang memberi kesan sehingga kita tersedar dari lamunan.

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

王心凌新专辑「粉爱妮」向甜蜜致敬的经典款

Cyndi王心凌即将在12月推出第12张专辑!日前她个人IG出现一款「粉爱妮」IG九宫格,可说是向甜蜜致敬的经典款。

error: Content is protected !!