Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 3, 2024 @ 8:06pm

Shamsul Ghau Ghau Jual Rumah & Kereta Demi Tampung Keluarga – “Bayangkan 10 Tahun Tak Terbabit Dalam Dunia Seni”

Mahu menampung kos sara hidup keluarga sepanjang tempoh 10 tahun mengikuti pengajian al-Quran, pendakwah dan selebriti, Shamsul Ghau Ghau terpaksa menggunakan kesemua wang simpanan berjumlah RM300,000.

Menurut laporan Harian Metro, Shamsul turut mendedahkan dia terpaksa menjual asetnya seperti rumah dan kenderaan.

“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis digunakan.

“Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor turut saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.

“Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000.

“Jadi bayangkan selama 10 tahun tidak terbabit dengan dunia seni, macam mana nak dapat duit. Kenalah guna apa aset yang ada,” katanya.

Tambah Shamsul, dia kini dapat menarik nafas lega apabila dapat membuat kemunculan semula dalam industri.

Selain itu, pelakon filem popular Lang Buana itu juga kini fokus dalam memberi kuliah selepas berjaya mendapatkan tauliah.

“Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu memang saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.

“Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir, tapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia.

“Tujuan ambil tauliah bukan nak riyak, tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur. Apa yang penting adalah fokus.

“Alhamdulillah sekarang saya dapat buat kemunculan semula dalam industri seni. Anak-anak pun makin besar, jadi saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau Kongsi Momen Berhijrah – “Saya Ni Orang Jahil & Fakir”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Apr 2026

Alami Alahan Teruk Pada Trimester Pertama, Nelydia Senrose Sebak Kongsi Momen Bakal Bergelar Ibu – “Ini Adalah Apa Yang Saya Doakan Selama Ni’

Pelakon, Datin Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dikurniakan rezeki zuriat selepas tujuh tahun penantian.

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

许冠杰出席「许冠杰之夜」属不实传言

亚洲音乐娱乐发声明表示,目前收到来自马来西亚歌迷询问关于许冠杰出席北马区某餐吧所举办的「许冠杰之夜」属不实传言。

Contest Fri, 8 Feb 2019

#xtra好康头 | 送你云顶名胜世界「天城室内游乐园」通行证

云顶「天城室内游乐园」蜕变登场! #xtra好康头 将免费送你通行证,让你亲自发掘一场欢乐的嘉年华会。

Featured Tue, 31 Jan 2023

Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Moga LMK kental hadapi kritikan netizen. Jangan Hilang pula okay!

Featured Fri, 21 Jun 2024
Events Thu, 23 May 2019

#SetulusIkhlas : Check In Kampung Bersama Skuad A!

Jangan lupa juga ikuti perkembangan dan info terkini check in kampung di Tangkak Johor pada weekends ni tau!

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
error: Content is protected !!