Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 4, 2024 @ 5:22pm

“Saya Serik Untuk Kembali Berumah Tangga” – Raja Ema Lebih Bahagia Hidup Solo Tanpa Suami

Pelakon dan penyanyi veteran, Raja Ema menolak kemungkinan untuk mendirikan rumah tangga kerana dia lebih bahagia menjalani kehidupan secara solo.

Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mencari teman hidup biarpun terdapat lelaki yang tampil ingin memperisterikan dirinya.

“Saya seorang yang mementingkan diri sendiri dan tak suka berkongsi ruang dan masa dengan orang lain. Saya lebih suka menghabiskan masa dengan diri sendiri.

“Mungkin juga sebab saya sudah terbiasa hidup sendiri menyebabkan tak terfikir nak cari pengganti.

“Tak dinafikan adalah juga lelaki yang cuba mendekati, tapi saya tak tahu sejauh mana kejujuran mereka.

“Lagipun saya pernah bercerai dan boleh dikatakan serik untuk kembali berumah tangga.

“Memang tiada langsung jejaka idaman,” ujarnya.

Sementara itu, Raja Ema juga tidak menyangka untuk bergelar artis dan menjadikan industri seni sebagai sumber rezekinya.

Sejak awal pembabitannya dalam bidang lakonan dan nyanyian pada tahun 1980-an, Raja Ema mengimbau kembali permulaan kerjayanya yang penuh dengan kenangan manis.

Memetik laporan Berita Harian, dia muncul dengan album pertama berjudul Raja Ema Volume 1 pada 1985, pemilik nama lengkap Raja Ema Raja Ibrahim memaklumkan semuanya berlaku tanpa sengaja.

“Masa itu umur saya baru berusia 16 tahun dan tengah seronok nak cari duit sendiri. Saya bekerja di studio rakaman, The Booty Boys Studio sebagai kerani. Memang tak terfikir langsung nak jadi penyanyi waktu itu.

“Masih tengah berkira-kira bidang apa yang sesuai sama ada nak jadi penyanyi, pelakon atau penari kerana saya pernah menjadi penari pengiring pelakon Allahyarham Azmil Mustapha.

“Secara tiba-tiba saya ditawarkan untuk merakamkan album. Sebelum itu, saya perlu menjalani uji bakat dan saya memilih untuk menyanyikan lagu sifir (ketawa). Tak sangka mereka tertarik dengan nyanyian saya, lantas diminta merakamkan album.

“Album pertama saya diterbitkan pada 1985. Alhamdulillah, syarikat rakaman EMI Malaysia nampak bakat saya dan lahirlah single pertama berjudul Jejaka Idaman,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ema (@rajaema)

Untuk rekod, Raja Ema pernah digelar Puteri Pop Malaysia atau Cindy Lauper Malaysia kerana sering menggayakan skirt kembang ketika membuat persembahan.

Dalam pada itu, dia pernah diundang untuk menjayakan persembahan pada kejohanan Olimpik Musim Panas di Seoul, Korea Selatan pada 1988 disebabkan lagu Mentari Korea yang cukup terkenal pada ketika itu.

Mengenang kembali persembahannya yang sungguh ikonik itu, Raja Ema mendedahkan dia nyaris terlepas peluang untuk menjayakan persembahan dalam acara gilang-gemilang tersebut.

“Masa tawaran datang, saya sedang sibuk menjalani penggambaran di Indonesia. Nyaris juga tak dapat pergi, tapi sudah namanya rezeki berjaya juga saya ke Seoul.

“Saya berada selama seminggu dan setiap hari ada sahaja acara yang perlu dihadiri di lokasi berbeza,” katanya.

Raja Ema turut meluahkan rasa gembira dan rasa dihargai apabila mendapat layanan VIP daripada penganjur sepanjang berada di Korea.

“Saya teruja berkongsi pentas dengan penyanyi dari Jepun, Shohjo Tai dan artis Korea Selatan, Park Hye Ryoung. Seronok dapat bersama menaiki bas pergi membuat persembahan.

“Cuma kami dikawal rapi dan kalau nak ke mana-mana mesti ditemani pengawal peribadi. Nak pergi membeli-belah pun kena fikir sebab barang di sana mahal,” luahnya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 13 Jun 2025

Anuar Zain Terkejut Pernah Dilabel ‘Menempel’ Populariti Ziana – “Saya Senyum Sahaja, Rezeki Orang Kita Tak Tahu”

Kata Anuar, ketika itu dia hanya menemani Ziana Zain pada sebuah acara sebelum menerima sindiran sarkastik.

Hiburan Sun, 27 May 2018

Projector Band Sudah Tidak Laku?

Fenomena ‘one hit wonder’ sememangnya sering menghantui anak seni terutamanya penyanyi. Apakah populariti sekelip mata pernah diraih Projector Band menerusi single Sudah Ku Tahu pada 2016 kian pudar?

Featured Tue, 15 Apr 2025

“Katanya Suara Saya Serak Tapi Boleh Nyanyi Nada Tinggi” – Ramli Sarip Kenang Momen Pertama Bersama Tun Abdullah

Pengalaman pertama bersama mantan perdana menteri ke-5 itu adalah semasa beliau menonton persembahannya menyanyikan lagu Hilang Dalam Gelap, Terbitlah Terang.

Trending Fri, 20 Mar 2020

Amy Search “Sound” Kru Produksi, Nabila Huda Selamat Sampai Rumah

KITA semua sedia tahu, perintah kawalan pergerakan telahpun diarahkan oleh Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengurangkankan penularan wabak covid-19. Sepanjang tempoh kawalan pergerakan, rakyat Malaysia diperintahkan supaya mengkuarantinkan diri rumah […]

Events Wed, 1 Jan 2020
Hiburan Fri, 24 Nov 2023

Muncul Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Nur Fazura Struggle Nak Hafal Dialog – “Satu Page Pun Lembab”

Min serius tak sabar nak tengok Fazura berlakon drama ni mesti gempak!

Trending Thu, 18 Mar 2021

Sewa Filem Serendah RM1, Ubah Rumah Anda Menjadi Pawagam Dengan ‘tonton CINEMA’

Sedar atau tidak, sudah hampir setahun rakyat Malaysia berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita. Walaupun panggung wayang telah dibuka, ramai yang masih memilih untuk kekal berada di […]

Hiburan Fri, 6 Mar 2026

Filem ‘Tiket Sehala’ Kupas Kisah Benar Sindiket Kerja Luar Negara

Filem Tiket Sehala mengangkat kisah benar yang berkait dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

Featured Fri, 12 Feb 2021
error: Content is protected !!