Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi January 4, 2024 @ 6:55pm

Gara-Gara Sokong Palestin, Pemain Bola Sepak Ini Dipenjara & Didenda

Gara-gara menunjukkan sokongan ke atas Palestin, pemain bola sepak terbaik Algeria, Youcef Atal yang mewakili kelab Ligue 1, Nice, dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah Perancis.

Menurut laporan Berita Harian, Mahkamah Perancis mengumumkan keputusannya itu semalam dan Atal turut didenda 45,000 euro (RM228,149) atas dakwaan mencetus kebencian.

Atal dihukum selepas meluahkan pandangannya secara terbuka terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin dalam siri pembunuhan beramai-ramai terbaru sejak 7 Oktober lalu.

Pemain bola

Pada Oktober, pemain Algeria itu memuat naik sokongannya terhadap Palestin di media sosial sejurus selepas Israel memulakan keganasan terhadap orang awam di Gaza dan Tebing Barat.

Atal turut berdepan penggantungan oleh kelabnya dan dikecam teruk di Perancis, sehingga memaksa pemain 27 tahun itu memadamkan hantarannya di media sosial.

Dua persatuan, Liga Antarabangsa menentang Perkauman dan Anti-Semitik (LICRA) dan Pemantau Yahudi Perancis, memfailkan dakwaan ke atas Atal.

Atal bukan pemain bola sepak pertama dikecam kerana memberikan sokongan ke atas Palestin.

Terdahulu, pemain Maghribi, Noussair Mazaoui, yang beraksi untuk kelab Jerman, Bayern Munich, turut menjadi mangsa selepas menunjukkan simpati ke atas rakyat Palestin.

Sumber: Berita Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Feb 2021

Pengisian Borang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Percuma – LHDN

Apa sahaja sanggup dilakukan demi kepentingan sendiri. Jangan sebar berita palsu!

Featured Wed, 13 Nov 2024

Shuib Tepis Dakwaan Pergi Umrah Guna Duit Perkeso – “Fitnah Luar Biasa Ni”

Shuib menepis dakwaan kononnya dia menggunakan wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  pekerja untuk menunaikan umrah baru-baru ini bersama keluarga.

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Featured Mon, 14 Jul 2025

Isu Serang, Shila Amzah Buka Mulut – “Dia Bapa Kepada Nabila Huda”

“Just imagine being in my shoes saya macam tergamam & shaking”- Shila

Featured Thu, 25 Feb 2021
Featured Thu, 6 Jul 2023
error: Content is protected !!