Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 6, 2024 @ 11:11am

Didakwa Bermasam Muka Dengan Nadeera, Ini Respons Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri dan Nadeera Zaini telah bersetuju untuk tidak lagi menoleh ke belakang tentang isu penyanyi gantian di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38), bulan lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, menafikan dakwaan bermasam muka dan tidak mahu mencari masalah dengan mana-mana pihak terutama rakan-rakan industri.

Menurutnya, isu tersebut hanyalah salah faham dan dia turut memahami keadaan Nadeera.

“Kami tak ada masalah apa-apa. Malah, kami juga sudah berbincang mengenainya. Semua yang berlaku itu berpunca daripada salah faham.

“Industri kita kecil sahaja dan tak perlu ada pergaduhan dengan sesiapa, Cuba kalau gaduh, mesti mesti kekok bila berjumpa.

“Saya memahami situasi Nadeera dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila Nadeera diumumkan menjadi pengganti Ernie untuk lagu Astana di pentas SFMM38.

Gara-gara itu, Ernie tampil membuat kenyataan keputusan mencari penyanyi gantian dibuat tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun, isu itu akhirnya selesai selepas Ernie mengumumkan akan menyanyikan sendiri lagu ciptaannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: #SFMM38: “Penggantian Penyanyi Lagu Astana Di Luar Pengetahuan Saya” – Ernie Zakri

ARTIKEL BERKAITAN: #SFMM38: “Tak Pernah Cakap Saya Tak Nak Nyanyi Atau Tarik Diri, Namun…” – Isu Lagu Astana, Ernie Zakri Buka Mulut

Sementara itu, Nadeera atau nama sebenar, Farah Nadeera Zaini, 31, meminta semua pihak untuk berhenti mengapi-apikan dengan membuat cerita mengenai hubungannya dan Ernie.

“Sudah-sudahlah lagakan kami. Tiada isu besar pun. Semuanya sudah selesai.

“Saya tak salahkan peminat kerana mereka tidak tahu cerita sebenar. Tapi saya terima segala komen mereka dengan hati terbuka,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Walau Berdua, Projek Lagu Baru Kool Masih On!

Kool bakal mengadakan sebuah showcase di Golden Palace, Restoran D’Saji Titiwangsa pada 25 April ini.

Featured Sat, 24 May 2025

Konsert ‘Desaku Mendunia’ Raikan MAWO, Tampil Jamal Abdillah & Dayang Nurfaizah

MAWO bakal harum nama negara di Prague, Republik Czech.

Trending Thu, 22 Oct 2020
Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Kerana Minat, Mia Sara Ingin Mencuba Nasib Sebagai Penyanyi Pula!

Baru berusia 14 tahun, tetapi Mia Sara atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan ini telah pun menempa nama sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak yang popular di Malaysia dan telah menceburi bidang lakonan […]

Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Selebriti Tue, 31 Oct 2023
error: Content is protected !!