Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 7, 2024 @ 4:05pm

Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Majlis Pengebumian, Shamsul Ghau Ghau Masih Belum Dapat Proses Berita Pemergian Arwah

Pelakon dan pendakwah, Shamsul Ghau Ghau terkilan kerana tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis pengebumian ahli kumpulan Senario, Hamdan Ramli yang meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Menurutnya, jadual kerja yang padat yang menyukarkan dirinya untuk hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat sahabat baiknya itu.

“Saya terkilan sangat sebab saya ada urusan kerja. Pada awalnya saya rancang lepas selesai sesi rehearsal program Pentas Marhaban saya nak pergi ke Ipoh tapi kalau saya pergi pun hanya dapat tengok kubur sahaja.

“Tambahan pula perjalanan dari Kuala Lumpur nak ke sana hampir dua jam, lepas itu memikirkan saya ada sesi rakaman pula pada awal pagi keesokan harinya jadi saya tak dapat hadirkan diri.

“Tapi saya ada maklumkan pada isteri arwah iaitu Malini dan saya cakap, ‘Minta maaf saya tak dapat datang sebab saya ada urusan kerja yang tak dapat dielakkan’.

“Meskipun saya tak dapat hadirkan diri namun saya tetap mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” ujarnya semasa ditemui pada majlis sidang media Pentas Marhaban akhir yang diadakan di Studio TV Alhijrah, semalam.

Pendakwah berusia 55 tahun yang lebih mesra disapa Paksu ini mengakui masih terkejut dengan pemergian Hamdan dan belum sempat proses berita tersebut sepenuhnya.

“Saya sebenarnya macam tak boleh move on sebab saya sangat terkejut bila dapat tahu mengenai pemergian arwah.

“Kita selalu dengar orang cakap, ‘Semalam baru je tengok dia buat siaran langsung di media sosial, tiba-tiba dah tak ada’.

“Saya tak boleh fikir sebenarnya tapi saya cuba sibukkan diri dengan bekerja tapi nanti bila balik saya akan ingat kembali,” katanya.

Disoal tentang penyakit yang dihadapi arwah Hamdan, Paksu memaklumkan dia dan arwah sendiri masing-masing tidak mengetahui mengenai penyakit tersebut.

“Sejujurnya saya tak tahu pun dia sakit bahkan arwah sendiri pun tak tahu.

“Pada awalnya dia sakit perut saja, tapi bila pergi hospital terus dapat tahu ada penyakit buah pinggang tahap tiga.  Saya pasti anak-anak arwah juga terkejut dengan perkara ini sebab kami memang tak tahu yang dia sakit,” jelasnya.

Terdahulu, Hamdan telah ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak Ahad lalu akibat jangkitan dalam darah selepas cirit-birit dan sukar bernafas.

Difahamkan, Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru sempena ulang tahun ke-27 Senario pada Ahad lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 2 Dec 2018

Bantuan Sekolah 50,000 Ringankan Beban Penduduk Lembah Pantai

Sumbangan itu dapat memberikan kelegaan dan meringankan beban kepada sebilangan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Hiburan Tue, 14 May 2019

Elak Stress, Ajak Mengaku Tak Pernah Baca Komen Di IG

Pada awalnya bila Altimet tanya sama ada saya berminat untuk menyanyikan lagu Yang Mano, saya sendiri tidak yakin.

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Dato’ Rosyam Nor Buat Netizen Sakit Jantung!

Baru-baru ini Dato’ Rosyam Nor telah berkongsi satu video di mana seorang wanita telah mengalami ‘gangguan’ semasa tidur.  Para netizen yang menyukai perkara-perkara mistik sudah tentunya ingin tahu tentang apa kesudahan video tersebut. “Kesian Gadis […]

Hiburan Sun, 10 Nov 2019
Featured Mon, 19 Aug 2024

Pembantu Peribadi Artis Wanita Popular Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

Min pun nK tahu juga siapakah artis wanita popular tu ek?

Hiburan Thu, 5 Mar 2020

Dah Muak Dengan Maklumat Palsu Para Kepoci, Dr. Amalina Buat Website Baru Untuk Anda Semua

Dr. Amalina berdedikasi untuk menyampaikan maklumat sahih kepada semua melalui website terbaharunya.

Featured Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Mon, 17 Feb 2025
error: Content is protected !!