Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 25, 2018 @ 7:47am

Pergi Tak Kembali, Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Meninggal Dunia

Al-Fatihah… Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah, Rahmah Dollah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Melaka, sebentar tadi. 

Wanita berusia 73 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 12.57 tengah malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada 16 Jun lepas. 

Anak ketiganya, Junaidah Jalil, 43, berkata, ibunya yang menghidap sakit jantung sejak enam tahun lalu mengadu sakit dada pada hari raya kedua sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka. 

“Emak saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Koronari selama lima hari sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya stabil. 

“Bagaimanapun dia tiba-tiba diserang sakit jantung semalam sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Limbongan Permai di sini hari ini. 

Menurut Junaidah, ibunya sudah lama tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan kuih keria ekoran masalah kesihatan, namun masih memantaunya. 

Perniagaan Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah yang diperkenalkan sejak 1979 itu kini diuruskan oleh Junaidah. 

Keluarga itu turut memiliki satu lagi perniagaan, Kuih Keria Haji Jalil yang diuruskan oleh adik-beradik Junaidah yang lain. Jalil merupakan suami Rahmah. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Tue, 26 Aug 2025

Rancang Cahaya Mata… Bunga ‘All-Out’ Fokus Kerjaya, Muncul Dengan Kolaborasi Superstar

Bunga mahu menumpukan fokus dan merancang menimang anak dalam tempoh dua tahun akan datang.

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

‘Rangga & Cinta’ Kembali Hidupkan Nostalgia Cinta Remaja, Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton!

5 sebab perlu Tonton Rangga & Cinta, akan mula ditayangkan pada 6 November 2025

Trending Thu, 17 Jan 2019

令人难以置信!你绝不会相信它们居然「完全未经 PS 修图」

数位编辑工具几乎已成万能的修图大神,但是有时候最惊人的影像,却是来自于未经 Photoshop 修改过的照片!

Trending Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Wed, 22 Oct 2025

“Kalau Orang Gosip Tentang Kita, Bermakna Kita Penting Dalam Hidupnya” – Nourul Depp Pesan Jangan Mudah ‘Down’

Nourul Depp cara terbaik berdepan situasi sebegitu adalah dengan berfikir positif

error: Content is protected !!