Featured By: Salma Syahbuddin January 8, 2024 @ 6:09pm

[VIDEO] Diberi Jolokan Angelina Jolie Malaysia, Peminat Puji Puteri Sarah ‘Maintain’ Lawa Pakai Filter ‘How I Would Look Like In The 1930’s’

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana tidak terlepas menjadi bahan usikan peminat selepas salah satu fotonya dijadikan eksperimen menggunakan filter yang kini popular di TikTok dipanggil, ‘How i would look like in the 1930’s’.

Menerusi perkongsian tersebut, peminat turut menggelarkan Puteri Sarah sebagai Angelina Jolie versi Malaysia disebabkan kecantikan yang dimilikinya persis pelakon Hollywood itu.

“Angelina Jolie Malaysia in how i would look like in the 1930’s,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Teruja dengan transformasi aktres itu, rata-rata warganet memuji kecantikan yang dimiliki Sarah.

Bahkan, ada yang sempat mengimbau pembabitan ibu anak dua itu ketika menjadi model bagi sebuah produk kecantikan.

“Lawanya anugerah Tuhan ni.

“Tersangatlah cantik Puteri Sarah ni. Suka tengok!

“Ingat lagi masa Sarah jadi model silkygirl masa zaman remaja dulu… muka dengan mata memang mirip Lisa Blackpink,” komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir dalam kalangan peminat yang tampil memberikan teguran terhadap perkongsian tersebut.

Menurut mereka, tindakan tersebut tidak sesuai dibuat terutamanya kepada golongan wanita yang berhijab.

“Berdosa tau edit gambar Sarah macam ni. Sebab nanti lelaki boleh imagine dia tak pakai tudung.

“Berdosa edit gambar free hair walaupun tu gambar orang lain.

“Tak elok la. Dia dah elok-elok tutup aurat,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Jan 2020
Featured Thu, 24 May 2018

Gara-Gara Sindir Tun M, Pelakon Johan As’ari Kena Sound Dengan Senior Umie Aida?

Pelakon berbakat Johan As’ari kena sound dengan Datin Seri Umie Aida (Umie) gara-gara sindir Tun Mahathir?

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Afgan Bawa Sheila Majid Ke Pentas Konsert Inspirasi 5 Oktober Ini!

Jom ke HGH Convention Centre, Kuala Lumpur pada 5 Oktober ini!

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Filem One Two Jaga Tercalon Kategori Filem Terbaik Asia Di Festival Filem Dunia

One Two Jaga bakal bersaing dengan sembilan lagi filem terbaik Asia yang bakal berlangsung di Warsaw, Poland bermula 14 hingga 21 November depan.

Trending Wed, 30 Jan 2019

Rekod nama terpanjang dipegang kanak-kanak tempatan kini milik bayi Indonesia

Panjang nama bayi yang dilahirkan pada 6 Januari lalu adalah 18 patah perkataan!