Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari January 8, 2024 @ 6:57pm

“Umi Hanya Melindungi & Pertahan Hak, Maruah Anak Umi… Tak Mungkin Rampas Kebahagiaan Awak” – Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi luahan hati terhadap anak tunggalnya, Nurul Ameena Sofea mencuri perhatian ramai warganet.

Menerusi nota panjang yang ditulisnya, Shakilla memohon maaf kepada anaknya kerana terpaksa menjadi dewasa sebelum masanya dan terpaksa melalui liku hidup yang tidak sepatutnya dihadapi.

Namun begitu, Shakilla menyatakan bahawa anaknya akan sentiasa menjadi keutamaannya dan akan melindunginya dari segala aspek.

“Terima kasih kerana hadir dalam hidup Umi saat Umi memang tunggu awak datang. Awak datang dan membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup Umi. Tapi kesilapan dan kesalahan Umi yang buatkan awak tergelincir dalam perjalanan awak. Kehidupan awak serta merta berubah. Tak lagi sama macam kawan-kawan sebaya awak. Awak terpaksa menjadi dewasa sebelum sampai waktunya.

“Kalau ada ‘penyerang hendap’ yang memburu awak, Umi akan ada depan awak. Biar segala kesakitan, kesedihan atau kesusahan Umi yang rasa bukan awak. Awak tak layak untuk rasa semua tu tapi awak layak mendapatkan lebih dari yang sepatutnya. Satu hari awak akan faham perjalanan yang kita tempuh ni bagaimana dan kenapa,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa dia bertindak sedemikian bagi melindungi dan mempertahankan hak bukannya untuk merampas kebahagiaan anaknya.

“Bagi Umi masa, Umi janji. Allah anugerahkan awak sebaik-baiknya untuk Umi, seorang pendosa. Tak mungkin Umi akan rampas kebahagiaan awak. Umi hanya melindungi dan pertahankan hak dan maruah anak umi,” coretnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Artikel Berkaitan: “Risau Sakit, Dia Alah Dengan…” – Individu Dedah Punca Shakilla Khoriri Halang Fizi Ali Jumpa Anak?

Artikel Berkaitan: Isu Rindu Anak, Shakilla Khoriri Sifatkan Hantaran Fizi Ali Sebagai Murahan… Enggan Berurusan Dengan Orang Ketiga

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Hari-hari Doa Untuk Umi” – Anak Shakilla Khoriri Tanya Bila Nak Kahwin Lagi, Perbualan Dua Beranak Ini Buat Ramai Sebak!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Trending Thu, 10 Sep 2020
Trending Mon, 9 Aug 2021

“Siti Sarah Mengalirkan Air Mata Ketika Nazak” – Shuib Akui Sempat Buat Panggilan Video Terakhir

Suami yang juga pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi momen terakhir bersama isterinya, Allahyrham Siti Sarah dengan membuat panggilan video untuk terakhir kalinya ketika Siti Sarah 36, sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor […]

Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Nasihat Pada Waktu Yang Sesuai, Sherry Ibrahim ‘Tegur’ Netizen Demi Elyana

Ish, netizen ni pun. Agak-agaklah bila nak menulis tu. Hari ini dugaan dia, esok pula mungkin hari kita. Bercakap biar pakai akal ok?

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Tiz Zaqyah Kini Kembali Solo!

Perkhabaran gembira buat mereka yang dah lama menaruh hati dengan pelakon jelita ini!

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Ehem…Aedy Ashraf Tayang Wajah Buah Hati!

Cantik betul girlfriend Aedy ni kan?

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Uqasha Senrose Kongsi Rahsia Kulit Sihat Dengan Peminat

Saya seorang yang amat berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam sesebuah produk kecantikan…

error: Content is protected !!