Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 9, 2024 @ 7:51pm

Hormat Pandangan Rosyam Nor, Giliran Adi Putra Pula Ulas Isu Pusat Pelacuran – “Yang Mana Dilarang Perlu Dielakkan”

Pelakon Datuk Adi Putra mengakui dirinya tidak menyokong pandangan aktor Datuk Rosyam Nor yang berpendapat rumah pelacuran satu keperluan terutama kepada pekerja asing di Malaysia.

Terdahulu, Rosyam berkata pusat pelacuran perlu diwujudkan untuk pekerja asing terutama kaum lelaki bagi menampung ‘kemahuan nafsu’ mereka demi mengurangkan risiko kes rogol di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi Pendapat Peribadi Saya, Rumah Pelac*ran Itu Perlu Ada” – Bahas Isu Ketagihan P*rno, Ramai Kritik Rosyam Nor

Menurut Adi, dia menghormati pandangan yang dikemukakan oleh pengarah itu namun dirinya tidak sama sekali menyokong perkara itu.

“Saya hormat pandangan dia, kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Walaupun dikecam tetapi itu adalah pandangan peribadinya. Saya tiada komen untuk pandangan yang dikemukan Rosyam,” katanya.

Tambah Adi, dia tidak pernah terlintas dalam kamus hidupnya untuk berfikir tentang kepentingan pusat pelacuran itu lebih-lebih lagi perkara tersebut adalah dilarang dalam Islam.

“Kalau tanya saya tentang isu (rumah pelacuran), apa yang sepatutnya diperintah Allah kita perlu ikut dan yang mana dilarang perlu dielakkan.

“Tetapi secara peribadi, untuk menyokong pusat pelacuran tiada dalam kamus hidup saya. Tidak pernah dalam fikiran saya sama ada perlu wujudkan rumah pelacuran ataupun tidak.

“Nama pun pusat pelacuran dan perkataan pelacuran itu sangat sensitif terutama untuk rakyat Malaysia menyebut apatah lagi untuk menyokong.

“Tipu kalau tidak ada orang yang tahu fasal kewujudan rumah pelacuran, namun untuk menyokong itu tidak sekali,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

Lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak.

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

ABPBH 37 Cipta Rekod Baharu Dengan 61.7 Juta Undian

Rekod baharu untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian!

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

PANAS!!! SHAHEIZY SAM SEKSI DALAM??????

Selepas kecoh di media sosial tentang abg sado Zul Ariffin yang rata-rata membuatkan peminat fanatiknya “bergetar Ovari” Kini giliran Sam pula yang memuat naik gambar tanpa baju di laman instagramnya. Tindakan tersebut lantas menarik perhatian netizen dan para peminat yang setia mengikuti perkembangan terkininya itu.

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Hiburan Fri, 30 May 2025
Cahaya Mata Sat, 30 Dec 2023
error: Content is protected !!