Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 10, 2024 @ 2:45pm

Beri Hadiah LV, Fatin Afeefa Harap Suami Tak Kahwin Lain – “Jadi Aliff Awang, Bukan Aliff…”

Pelakon dan usahawan jelita, Fatin Afeefa berharap suami tersayang, Aliff Awang tidak akan bermain ‘kayu tiga’ dibelakangnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Aliff memuat naik foto memaparkan hadiah-hadiah barangan berjenama Louis Vuitton (LV), pemberian isteri, Fatin.

Difahamkan, hadiah-hadiah tersebut adalah hasil daripada penjualan produk isterinya, Lean by FA yang laris terjual.

“Terima kasih @fatinafeefa. Allah bagi rezeki @leanbyfa,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan Instagram aktres filem Tentang Bulan itu, Fatin membalas semula hantaran suaminya itu.

Katanya, dia berharap agar suaminya tidak menjadi seperti Aliff lain yang telah berkahwin dua.

“Sama-sama sayang. I harap you tak kahwin lain. Jadi Aliff Awang ok, jangan Aliff lain,” ujarnya.

Fatin Afeefa

Luahan hati Fatin itu dipercayai bimbang selepas isu membabitkan pempengaruh, Aliff Teega telah memaklumkan berkahwin dua bersama wanita bersama Fatin Umaidah.

Berita tersebut menjadi buah mulut ramai di platform media sosial, malah Aliff turut berkata harta hasil sepencarian telah diberikan sepenuhnya kepada isteri pertama, Aisyah Hijannah.

Artikel Berkaitan: Alif Teega Serah 100 % Harta Sepencarian, Aisyah Hijanah Mengaku Tak ‘Gila’ Harta Tapi…

Sekadar info, Fatin dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 30 Disember lalu.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan aktor, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun berpisah pada 30 Mei 2017.

Artikel Berkaitan: Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Artikel Berkaitan: Adam Shahz Lembut Hati Beri Hak Jagaan Penuh, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pun Lembut Hati Jugak Bagi Kelonggaran”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

张智成认「我本来就难搞」不怕被贴标签

睽违两年,张智成将推出专辑「你是不是张智成」,首支新曲《我本来就难搞》全球大首播!

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Hiburan Tue, 1 May 2018

Kongsi Saat Bahagia, Rita Rudaini Tak Berahsia Lagi

Menurut Rita, beliau kongsikan saat bahagia biarpun perkahwinan rahsia itu tidak diraikan dalam majlis serba mewah!

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Trending Mon, 26 Jul 2021
Featured Sat, 25 Oct 2025

Angkat Semula Kisah Ikonik AADC, Rangga & Cinta Tampil Dalam Versi Filem Muzikal

Puisi, lagu dan cinta kini bersatu di layar perak menerusi Rangga & Cinta iaitu sebuah filem muzikal arahan Riri Riza.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
error: Content is protected !!