Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari January 10, 2024 @ 8:40pm

Kes Ebit Lew: Temui 90 Foto, 3 Video Lucah Dalam Telefon… 17 Daripadanya Foto Kemaluan Lelaki!

Mahkamah Tenom dimaklumkan bahawa sebanyak 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam telefon bimbit pendakwah bebas, Ebit Lew.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu diberitahu oleh saksi kelapan, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching menerusi keterangannya di mahkamah pada Rabu.

Berdasarkan pemeriksaan utama yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahidah Zakaria meminta Chang Ching untuk memaklumkan kepada mahkamah hasil analisis beliau terhadap pemacu kilat yang mempunyai fail yang diekstrak daripada telefon bimbit itu.

Sehubungan itu, Chang Ching memberitahu mahkamah bahawa telefon tersebut telah didaftarkan atau digunakan oleh penama yang mendaftar masuk menggunakan emel [email protected] beserta dua nombor telefon.

“Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, beliau juga memaklumkan bahawa terdapat 17 keping foto kemaluan lelaki yang ditemui daripada 90 foto tersebut.

Malah, Chang Ching memberitahu mahkamah terdapat tiga gambar sama dengan gambar bahan bukti yang dikemukakan dalam sesi perbicaraan sebelum ini.

Dalam mahkamah sama, Chang Ching diminta untuk menjelaskan tentang fail kedua iaitu laporan analisis daripada LGMS terhadap telefon bimbit Samsung dan kandungan laporan berdasarkan carian kata kunci terhadap nombor terlefon Ebit dan pengadu.

“Dinyatakan terdapat dua panggilan keluar yang dijawab dan selama 136 saat dan 1,346 saat pada tarikh 1 Mei 2021 jam 7.28 pagi dan pada tarikh 20 Mei 2021 jam 7.50 pagi,” katanya.

Walaubagaimanapun, Chang Ching mengatakan tidak ada sebarang mesej atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang dijumpai.

Beliau juga diminta untuk menjelaskan kemungkinan tiada mesej perbualan antara nombor telefon pengadu dengan pemilik telefon tersebut.

“Kemungkinan tiada mesej perbualan bermaksud telah dipadam dan tiada ‘backup’ dalam telefon bimbit tersebut.

“Oleh itu, data yang dikeluarkan didapati tidak menjumpai sebarang mesej perbualan antara kedua-dua telefon tersebut,” katanya.

Lagi, Chang Ching memberitahu selepas tamat menganalisis barang kes itu ia disimpan dalam almar besi sementara menunggu pegawai penyiasat mengambilnya pada 10 Januari 2023.

Artikel Berkaitan: Kes Gangguan Seksual Mondy Tattoo & Ebit Lew: 2 Kertas Siasatan Dibuka, 13 Orang Dipanggil Bantu Kes 

Artikel Berkaitan: Saksi Jumpa ‘Group WhatsApp’ Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew

Artikel Berkaitan: Saksi Maklum Ada 936 Gambar ‘Screenshot’ Laman Sesawang Lucah Pada Telefon Ebit Lew

Artikel Berkaitan: Kes Ebit Lew: Saksi Ke-7 Temui ‘History’ Layari Laman Lucah Dalam Telefon Bimbit

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 Aug 2020

Guru Dan Murid Positif Covid-19, KKM Arah Sekolah Ditutup

Covid-19 masih aktif. Terus patuhi SOP!

Trending Sun, 16 Aug 2020
Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Terima DM Seakan Tidak Puas Hati, Shikin Maembong Dedah Individu Ejek Mata Cacat!

Allahu apa masalah dia eh? Tak kena dekat batang hidung sendiri berani lah kan

Hiburan Tue, 13 May 2025
Hiburan Fri, 13 Mar 2026

“Kalau Ada Jodoh, Tiada Masalah” – Zarif Ghazzi Tak Tutup Pintu Hati Buat Bella Dowanna

Zarif mengakui buat masa ini dia tidak memikirkan soal jodoh, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarga

Featured Mon, 8 Jan 2024

[VIDEO] Majlis Khatam Al-Quran Dayang Anisha & Putera Mateen Raih Perhatian – “Lembutnya Suara Dia”

Aww, sukanya tengok bila Anisha senyum dekat Putera Mateen dan bakal MIL🥰🥰🥰

error: Content is protected !!