Kes Mahkamah By: Atiqah Johari June 22, 2023 @ 9:39am

Kes Ebit Lew: Saksi Ke-7 Temui ‘History’ Layari Laman Lucah Dalam Telefon Bimbit

Kes pendakwah bebas, Ebit Lew disambung perbicaraan di Mahkamah Tenom semalam dan saksi ketujuh memaklumkan bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang dianalisisnya.

Memetik laporan Bernama, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, 43, memberitahu laman sesawang itu dilayari menerusi aplikasi Google dan hasil analisis tersebut telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diberikan kepada pegawai penyiasat.

“Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.

“Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah,” katanya sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.

Kata Latifah, bagi memastikan laman yang dilayari tersebut adalah laman lucah, beliau telah membuka beberapa laman sesawang dengan merujuk kepada hasil analisis dan mendapati ia sememangnya laman sesawang lucah.

Malah, saksi juga mendapati laman sesawang yang turut dilayari termasuk wikipedia mengenai “gangguan seksual”, “undang-undang gangguan seksual di Malaysia”, “gurau lucah berisiko disumbat penjara” dan “rang undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual”.

Nor Azizah: Adakah metadata yang kamu nyatakan ini juga dapat dilihat di dalam tangkap layar yang ada di dalam hasil analisis ini ?

Latifah: Ya, untuk gambar pertama, ini adalah rumusan kesemua tangkap layar yang dibuat daripada kandungan sejarah melayari laman sesawang di dalam barang kes (telefon bimbit).

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dilakukan tanpa kehadiran tertuduh yang mendapat kebenaran mahkamah semalam.

Menurut peguam yang mewakili Ebit, Ram Singh memberitahu bahawa anak guamnya kini sedang menunaikan haji di Makkah.

Selain itu, menerusi pemeriksaan utama Nor Azizah, Latifah memaklumkan satu lagi telefon yang dianalisisnya mengandungi sebanyak 219 tangkap layar perbualan daripada aplikasi Whatsapp bermula pada 4 Mac 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi Ke-7 Maklum Ada 436 Gambar, 4 Video & 219 ‘Screenshots’ Dalam Telefon Ebit Lew

Saksi berkata, tangkap layar perbualan yang didapati dalam telefon itu telah disimpan dalam cakera padat (CD).

“Gambar satu (tangkap layar) menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej. Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutnya (dalam bentuk tangkap layar) adalah isi perbualan,” jelasnya.

Sementara itu, Latifah turut memberitahu kepada mahkamah bahawa terdapat panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar yang dibuat pada 6.10 petang tetapi tarikh tidak dinyatakan dalam prosiding.

Malah, terdapat panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar pada 15 Mac dan 16 Mac 2021.

Lagi, menerusi tangkap layar bertarikh 17 Mac 2021 menunjukkan cubaan semula yang dihantar kepada telefon bimbit penerima kepada pengirim tetapi mesej berkenaan tidak disampaikan.

Susulan itu, jika disabit kesalahan, tertuduh akan berdepan hukuman mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Babitkan 11 Pertuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicara Bulan Depan

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 May 2019

Remaja 16 tahun ditemui maut setelah buat bancian mengenai bunuh diri di Instagram

Adakah keputusan bancian itu mempengaruhi tindakannya?

Featured Mon, 24 May 2021

Lanjutan Moratorium Mulai 1 Julai Kepada Pelanggan Terkesan – Bank Rakyat

Berikutan peningkatan kes COVID-19 dan beberapa sektor ekonomi yang diperkatatkan, Bank Rakyat akan melanjutkan tempoh Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang akan berakhir pada 30 Jun ini kepada pelanggan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19. Menurut […]

Featured Mon, 28 Aug 2023

[VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Hmm, sebak pula dengar luahan hati Achey yang pernah jalani rawatan IVF dengan isteri 😢

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Featured Fri, 5 Apr 2024

Telefon Bimbit, Kad Sim Aliff Syukri Disita & Dihantar Ke Forensik Untuk Siasatan

Macam serius je kes ni kan? Hmmm… baiklah Datuk haritu senyap je tak payah April Fool kan orang kan tenang😪