Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 9, 2026 @ 9:55pm

Capai 23,674 Hidangan Sehari, Restoran Milik Ajak Shiro Diiktiraf Malaysia Book of Records

Pelawak dan usahawan, Ajak Shiro rasa syukur apabila perniagaan yang diusahakannya berjaya mencipta sejarah tersendiri selepas menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.

Pengiktirafan tersebut diperoleh susulan kejayaan mencatat jualan tertinggi hidangan nasi padang dalam tempoh satu hari, iaitu sebanyak 23,674 hidangan pada 1 Januari 2026.

Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, 40, berkata kejayaan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya, apatah lagi perniagaan berkenaan bermula sekadar percubaan kecil hasil idea anaknya sendiri.

“Sejujurnya, dengan rendah hati saya tak pernah terfikir akan sampai ke tahap ini. Pada awalnya, saya hanya melayan idea anak saya dan tertanya-tanya juga sama ada sesuai atau tidak menjual nasi padang.

“Nasi padang bukan makanan harian kebanyakan kita. Kita biasa dengar, tetapi tidak semestinya jadi pilihan setiap hari. Jadi, saya sangat terkejut apabila dalam tempoh satu hari kami berjaya menjual 23,674 hidangan,” katanya.

Tambahnya, pencapaian berkenaan dianggap sebagai bukti kepercayaan pelanggan yang setia menyokong sejak perniagaan itu bermula secara kecil-kecilan di medan selera Giant Batu Caves pada penghujung 2024 sebelum berkembang pesat sehingga kini mempunyai puluhan cawangan.

“Saya sangat bersyukur atas sokongan pelanggan. Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi tanda kepercayaan orang ramai terhadap apa yang kami usahakan. Apa yang bermula sebagai percubaan kecil kini berkembang melebihi jangkaan,” katanya.

Ajak ditemui pada majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records yang berlangsung di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Mengulas cabaran dalam dunia perniagaan, Ajak mengakui perjalanan tersebut tidak terlepas daripada pelbagai dugaan termasuk kritikan dan isu yang tular di media sosial, khususnya berkaitan pensijilan halal pada peringkat awal operasi.

“Memang ada banyak cabaran. Ada isu yang cuba diganggu atau diviralkan. Ada yang menegur mengenai sijil halal ketika perniagaan baru bermula.

“Hakikatnya, mengikut prosedur, sesebuah perniagaan perlu beroperasi terlebih dahulu sebelum boleh memohon sijil halal,” jelasnya.

Menurut Ajak, terdapat segelintir pihak yang terus menghukum tanpa mendapatkan penjelasan sebenar, malah ada yang bertindak menyerang apabila dia memberikan jawapan.

“Selain isu halal, ada juga komen mengenai kualiti makanan dan staf. Semua itu saya anggap sebagai asam garam perniagaan.

“Ia tidak sampai membuatkan saya patah semangat. Sebaliknya, ia banyak mengajar saya. Saya tak marah orang yang menegur, tetapi saya tak suka orang yang menghina kerana dua perkara itu berbeza.

“Bagi saya, teguran adalah sesuatu yang positif, walaupun kebanyakan komen negatif datang daripada mereka yang sebenarnya belum pernah mencuba sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan: Ajak Shiro ‘Hadiahkan’ Cawangan Restoran Baru Pada Ebby Yus – “Banyak Kita Kongsi, Sikit Sama Kita Rasa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Oct 2023
Trending Tue, 10 Mar 2020
Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Percaya Kaedah Tradisional Punca Kesihatan Ako Mustapha Terjejas

Pastikan dapatkan nasihat pakar dulu ya kalau ada penyakit sebelum cuba perubatan tradisional..

Featured Mon, 27 Sep 2021
Featured Tue, 18 Nov 2025

“Allah Sebaik-Baik Perancang, I Love You Fattah Amin” – Amira Othman Mohon Doa, Tak Dibenarkan Terbang Ke Korea

Amira Othman, memohon doa daripada peminat selepas mendedahkan dirinya tidak dibenarkan terbang ke Korea oleh tiga doktor pakar.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Fri, 5 Dec 2025
error: Content is protected !!