Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 11, 2024 @ 1:25pm

Aman Graseka Enggan Berlakon Akibat Dihalang Isteri?

Ekoran timbul desas-desus yang mengatakan pelakon veteran, Aman Graseka tidak dapat berlakon kerana dikawal isteri, Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Radhi Khalid memberitahu dia tidak pasti kesahihan khabar tersebut.

Namun demikian, jika ia benar, Radhi menasihati agar pelakon sebenarnya berhak untuk berbincang dengan pengarah agar tidak menjayakan babak-babak yang dirasakan kurang senang.

“Saya ada dengar mengenai perkara itu, namun tidak pasti sama ada ia sahih ataupun tidak. Tapi, sebagai pelakon, kita sebenarnya ada hak untuk bersuara dalam menjayakan sesuatu watak.

“Contohnya, zaman sekarang pengarah-pengarah pun tak ada lagi yang meminta pelakon lelaki bersentuhan dengan pelakon wanita terutamanya, untuk pelakon-pelakon veteran.

“Kalau kita tonton karya tempatan di kaca TV, kalau watak antara anak lelaki dengan ibu atau anak perempuan dengan ayah pun, tak ada babak bersentuhan atau berpelukan yang keterlaluan atau tak ada pun.

“Itu semua boleh disuarakan andai kata kita merasakan permintaan pengarah atau jalan ceritanya memerlukan sentuhan yang melampaui batasan kita sebagai pelakon,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Harian Metro, sebelum ini Karyawan sudah mencuba sedaya-upaya untuk menghulurkan bantuan kepada Aman yang menghubunginya dan memohon bantuan kewangan.

Sumbangan peribadi dan daripada Karyawan pernah disalurkan kepada Aman dan mereka berusaha mencari peluang pekerjaan buatnya.

“Beberapa bulan lalu, dia ada menghubungi saya dan maklumkan situasi kehidupannya ketika itu yang agak susah. Jadi, saya berikan sumbangan secara peribadi beberapa kali.

“Saya panjangkan juga perkara ini kepada persatuan dan kami turut menghulurkan bantuan. Saya pernah berikan cadangan kepadanya untuk memohon bantuan daripada Baitulmal.

“Selain itu, saya juga pernah menghubungi pengarah yang pernah bekerja dengannya untuk bantu mencari peluang pekerjaan (berlakon) kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Radhi turut mengingatkan rakan artis agar mempunyai simpanan kewangan untuk digunakan pada waktu kecemasan.

“Nasihat saya kepada pekerja filem tanah air tidak kiralah pelakon, pengarah atau kru, kerjaya kita ini bukanlah hadir dengan gaji yang stabil. Kita tak ada slip gaji atau gaji tetap.

“Kadang-kadang, kalau bulan ini kita ada gaji, tak semestinya bulan depan kita akan ada gaji.

“Jadi, kita perlu berjimat cermat untuk masa hadapan, cuba menyimpan wang simpanan dan paling penting, ambil insuran atau daftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Paling penting adalah simpanan untuk memastikan rumah atau tinggal terjamin, tak kiralah rumah jenis apa pun mengikut kemampuan masing-masing,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

“Tak Ingin Harta, Cuma Mahu Anakku Tersenyum & Memelukku” – Patimah Ismail

Hati ibu walau remuk macam mana pun kasih sayang terhadap anak tiada bandingannya ❤️😭

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Takziah…Zila JohaRockstar Meninggal Dunia

Zila yang juga merupakan bekas peserta Seiras Seirama  telah meninggal dunia akibat sakit jantung

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Fri, 14 Jul 2023
Featured Wed, 10 Nov 2021

“Dia Tak Boleh Bernafas, Minta Nak Turun Cepat” – Sekeluarga Panik Apabila Wajah Kakak Membengkak, Asyik Bersin, Mata Berair

Kisah seorang wanita apabila wajahnya membengkak sejurus selepas dia dan ahli keluarga lain selesai mendaki dan mengeluarkan tenaga dengan bermandi-manda di air terjun yang terletak di puncak Gunung Ledang mendapat perhatian ramai. Menerusi video yang […]

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

error: Content is protected !!