Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 12, 2024 @ 6:02pm

Terkilan Individu Gunakan Nama Boboy Untuk Anjur Konsert, Naqiu Ditipu Penganjur

Penyanyi Naqiu meluahkan rasa terkilan apabila berdepan dengan seorang individu yang memberikan harapan palsu untuk menganjurkan konsert Boboy.

Menurut Naqiu, individu terbabit seolah-olah sengaja menggunakan nama Boboy itu untuk mendekatinya dan bertemu dengannya namun yang tinggal hanyalah janji palsu.

“Saya pernah bertemu beberapa kali dengan seorang individu yang mahu menganjurkan konsert kumpulan Boboy, tapi pertemuan itu hanyalah janji palsu. Macam borak kosong.

“Saya kalau sebarang perkara yang berkaitan dengan Boboy saya sering berasa teruja dan semangan kerana saya mahu mempertahankan nasib rakan-rakan seperjuangan saya.

“Namun, pertemuan itu diadakan seolah-olah dia boleh rapat dengan saya dan berjumpa selalu. Kali pertama kami berjumpa adalah pada akhir 2021, selalunya, di luar negara.

“Sejak dari itu, kami sudah lebih 10 kali jumpa. Namun, konsert yang dijanjikan tak nampak bayang,” katanya.

Perkara itu telah didedahkan oleh Naqiu ketika ditemui di Majlis Minum Petang dan Taklimat Media untuk Konsert After Hours With Hetty Koes Endang, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu Bakal Hiasi Konsert After Hours Hetty Koes Endang 24 Februari Ini! 

Enggan mendedahkan individu yang menabur harapan palsu, Naqiu bagaimana pun menyatakan dia tidak berpuas hati dan serik untuk bekerjasama dengan penganjur tersebut.

“Saya tidak letak syarat bukan-bukan. Saya cuma hendak dia bayar ikut harga setimpal dan sediakan kelengkapan terbaik.

“Terus-terang, saya tidak puas hati dengannya. Namun, saya fikir, tidak perlulah hendak dedah identitinya. Walaupun dia ada buat hal dengan saya, namun, saya tak mahu malukan dia.

“Saya dedahkan perkara ini supaya peminat tahu kenapa sampai sekarang Boboy masih belum mementaskan konsert seperti kumpulan lain,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Episod Cinta itu menyatakan dirinya masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang serius mahu menganjurkan konsert Boboy.

“Saya masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat menganjurkan konsert Boboy. Namun, bukan dengan indvidu yang saya maksudkan tadi. Saya sudah tawar hati dengannya,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Ahmad Dhani, Once, Ari Lasso Terbang Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert Reunion Dewa 19

Lebih menarik lagi tiket yang mula dijual mulai 7 November 2018  pukul 10 pagi ini akan diberi 10 peratus diskaun untuk jualan EARLY BIRD untuk tempoh 48 jam!

Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Aaron Aziz Untuk Isteri!

dia sama sekali tidak menyangka pertemuan pertama kali dengan Diyana bukan sahaja merupakan permulaan dalam karier seni malah permulaan jodoh mereka. 

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Chow Yun Fat Hanya Belanja RM424 Sebulan Walaupun Jutawan

Bintang antarabangsa bernilai HK$5.6 Billion (RM2.97 juta) ini hanya membelanjakan sebanyak RM424 sahaja sebulan.

Featured Fri, 12 Aug 2022

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zamani dan dapat sembuh seperti sedia kala.

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

“Kau Bukan Sempurna Pun Nak Hina Anak Aku” – Ini Jawapan Aliff Syukri Apabila….

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab tohmahan yang dilontarkan oleh netizen terhadap anaknya, Ammar Ahyyan. @aliffsyukriterlajaklaris Replying to @user1467650542330 ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian yang dibuat di laman TikTok, Aliff menjelaskan dia […]

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Bekas Vokalis Dicekup Lagi?

Apa nak jadi? Asyik kena cekup je..

error: Content is protected !!