Euforia Bola 2026
Figura By: Khairil Khusyairi January 12, 2024 @ 1:07pm

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon kepada Kementerian Komunikasi menurunkan dan melarang tayangan dokumentari bertajuk ‘Man On The Run’ dalam perkhidmatan aplikasi kandungan, Netflix.

Menurut laporan Berita Harian, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata pihak yang diwawancara dalam dokumentari itu menyatakan pelbagai perkara terhadap anak guam yang antara lain bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Katanya, ia juga belum dan tidak pernah dibuktikan sama ada melalui keterangan dokumentari dan lisan saksi yang dikemuka dalam mana-mana perbicaraan, termasuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Man On The Run

Man on the Run ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditayangkan di negara ini pada 5 Januari lalu.

Ia turut memaparkan temubual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib Mahu Filem ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang Di Malaysia

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Fri, 8 May 2026

Zarina Zainuddin Pertahan Aliff Syukri Mahu Bantu Remaja Kemboja – “Jangan Dengki, Tak Kira Orang Mana Pun Dah Rezeki Dia”

Zarina Zainuddin tampil mempertahankan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri berhubung tindakannya mahu membantu seorang remaja berasal dari Kemboja yang tular menjual buah mangga di Malaysia

Trending Mon, 2 Jul 2018

POLRI Berjaya Tangkap Jamal Yunos

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka.

Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Events Fri, 20 Dec 2024

[VIDEO] Isteri Along Cham Janji Akan Tuntut Keadilan, Dakwa Suami Jadi Mangsa Penganiayaan

Isteri Along Cham dedah konologi ketika kejadian suaminay ditangkap.

error: Content is protected !!