Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 14, 2024 @ 9:36am

Netanyahu Bertegas Teruskan Perang – “Tiada Yang Dapat Halang Kami, Sama Ada The Hague, Sy*itan Atau Sesiapa Pun”

Gara-gara kes saman dikemukakan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), dia bertegas untuk tetap melanjutkan peperangan ke atas Hamas.

Menurutnya, tidak ada mana-mana kuasa atau pertubuhan yang dapat menghalang keputusannya itu.

“Kita sudah memasuki 100 hari perang.
Kami akan meneruskan perang ini sehingga akhirnya kemenangan berpihak kepada kami.

“Semua objektif kami tercapai, untuk menghapuskan Hamas, tebusan penduduk Israel dibebaskan dan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel.

“Kami akan mengembalikan keamanan di selatan dan utara.

“Tiada yang dapat menghalang kami, sama ada The Hague, syaitan atau sesiapapun,” ujarnya.

Menurut laporan Sinar Harian, Netanyahu masih meneliti keperluan menguasai bahagian koridor di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dengan Mesir.

Untuk rekod, jumlah kematian penduduk Palestin meningkat kepada 23,843 orang manakala 60,317 orang mengalami kecederaan.

Terkini, perang Israel ke atas rakyat Palestin memasuki hari ke-99 pada Sabtu dengan 12 lagi kejadian pembunuhan dilaporkan di Semenanjung Gaza di mana seramai 135 orang terbunuh manakala 312 yang lain cedera sepanjang 24 jam yang lalu.

Dalam pada itu, terdapat ramai juga mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan dan di jalan-jalan raya kerana ambulans tidak dapat memasuki lokasi serangan.

Lebih-lebih lagi, difahamkan, hanya enam sahaja ambulans yang masih berfungsi akibat tindakan kejam tentera Israel yang mengebom hospital mengakibatkan banyak ambulans mengalami kerosakan.

Sumber : Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Mar 2025

“Mungkin Tidak Sekufu Bagi Dia” – Edika Yusof Jawab Isu Isteri Failkan Cerai

Katanya, dia akan cuba berbincang dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, sekaligus menyifatkan tiada perkara serius dan akan memaklumkan mengenai hal tersebut.

Trending Sun, 12 May 2019

鞋面出现褶痕?神人示范「简单4步骤」秒变新鞋

鞋面出现褶痕?只需要「超常见生活用品」,神人示范「简单4步骤」秒变新鞋。网友狂赞:真的有效!

Trending Wed, 21 Feb 2018

UJI RASHID MENGAMUK

Oleh kerana beberapa berita yang terpesong dari fakta, ramai rakan taulan menghubungi Uji dan menyangkakan Uji Rashid yang sakit dan terlantar tenat.

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Thu, 11 Aug 2022
error: Content is protected !!