Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 15, 2024 @ 9:43am

“Saya Sudah Penat” – Hetty Koes Endang Mahu Berehat Dari Konsert, Hanya Terima ‘Job’ Untuk Program Amal Sahaja

Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang meluahkan rasa penat untuk mengadakan konsert pada masa akan datang dan mahu berehat.

Menurutnya, dia sudah terlibat dalam puluhan konsert di samping telah menghasilkan sebanyak 150 buah album sepanjang dia bergelar anak seni.

Akui sudah mencapai kepuasan buat dirinya dalam industri seni, dia kini membuka pintu buat pendatang baharu untuk menyerlahkan bakat.

“Saya sudah 53 tahun dalam dunia hiburan. Saya sudah penat. Bagilah kesempatan kepaa orang muda dan biarlah saya jadi pemerhati sahaja.

“Apa lagi yang saya mahukan? Saya telah melakukan semuanya sepanjang kerjaya saya,” ujarnya.

Memetik laporan mStar, Hetty masih menerima undangan menjayakan persembahan nyanyian yang membabitkan program kebajikan sahaja.

“Saya hanya menolak konsert yang berbentuk komersial. Jika acara amal saya boleh terima.

“Perkara itu lebih membuatkan saya rasa senang. Ia juga merupakan satu tanggungjawab apabila terlibat dengan acara sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Berdiri Bulu Romaku itu turut memaklumkan rahsia atau tips untuk memiliki stamina yang baik dalam nyanyian.

Kuncinya termasuklah penyampaian yang ikhlas di samping menjaga kesihatan diri.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Jan 2026

“Kalau Tengok Bola Lewat Malam Boleh Pula Kan?” –  Qi Razali Sedia Sambut Anak Sulung, Tak Mahu Pilih Nama Terlalu Moden 

Qi kini berada pada fasa bersedia untuk menyambut kelahiran anak sulungnya bersama isteri tercinta, Wardah Hayati.

Featured Mon, 20 May 2024
Featured Sun, 14 Aug 2022
Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Ramai Dakwa Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?

Comel je Sweet Qismina niii 🥰 Betul ke mengandung? 👀

Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Panas! Ini Jawapan Hijabista Famous Menari Di Kelab Malam

Menurut Nisa, dia menari kerana telah ditarik oleh seorang petugas yang berada disitu.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026
error: Content is protected !!